#kanser #paruparu

15 Tanda & Gejala Kanser Paru-Paru

15 tanda & gejala kanser paru-paru

Kanser paru-paru adalah kanser ketiga yang paling lazim menyerang rakyat Malaysia. Kanser ini dianggap antara kanser yang paling berbahaya kerana ia membunuh secara senyap dan tidak dapat dikesan di peringkat awal. Statistik yang dilaporkan oleh Dr Anand Sachithanandan iaitu Pakar Kardiotorasik merangkap Presiden Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (JKPM) menunjukkan bahawa 93% daripada lelaki dan 92% daripada wanita yang menghidapi kanser paru-paru sudah pun berada pada tahap 3 dan 4 apabila berjaya dikesan. Pada tahap ini, sel–sel kanser sudah pun merebak ke banyak organ yang lain seperti bahagian paru-paru yang berbeza, nodus limfa dan sebagainya lalu mencetuskan komplikasi yang berlainan. Justeru itu, amat penting jika pengesanan boleh dilakukan dengan awal dengan mengenal pasti tanda-tanda dan gejala awal agar perhatian yang lebih dapat diberikan agar penyakit ini dapat dikawal dan dirawat dari awal sebelum menular dengan lebih serius.

15 TANDA DAN GEJALA KANSER PARU-PARU YANG PERLU ANDA TAHU

1. Batuk kronik yang berterusan

  • Menurut Laura J Martin, MD (2019), dia menyatakan bahawa masalah ini berlaku kerana saluran pernafasan yang disekat atau kanser yang telah tersebar lebih jauh ke dalam paru-paru, kawasan berdekatan, atau bahagian-bahagian tubuh yang lain.

2. Batuk berdarah

  • Individu yang sedang mengalami batuk perlu memberi perhatian terhadap perubahan yang berlaku terhadap batuk mereka. Mereka perlu cakna dan segera dalam mendapatkan rawatan sekiranya batuk terlalu kerap dan keluar darah.

3. Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang

  • Pesakit yang mengalami kanser ini akan merasa kesakitan di beberapa bahagian terutamanya di dada kerana disebabkan oleh kelenjar limfa yang membesar pada dinding dada dan juga sakit pada bahagian belakang badan

4. Suara menjadi serak dan kasar.

  • Bagi individu yang sering batuk dan kuat akan menyebabkan suara berubah menjadi serak dan kasar. Situasi ini juga boleh berlaku disebabkan oleh selsema biasa, namun jika ia berlarutan lebih daripada 2 minggu, ia mungkin petanda kepada sakit yang lebih serius.

5. Bunyi berdebit ketika bernafas.

  • Bunyi yang seakan-akan seperti siulan keluar ketika sedang bernafas. Jangan beranggapan bahawa ia tidak berbahaya, berharap ia akan hilang atau menganggap ia hanya disebabkan oleh asma. Sila lakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

6. Sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas.

  • Pembentukan prekursor awal kanser atau ketumbuhan akan menghalang atau menyebabkan penyempitan kepada laluan udara lalu menyebabkan perubahan dan gangguan pada pernafasan.

7. Jangkitan patogen pneumonia atau tuberkulosis.

  • Pneumonia dan tuberkulosis merupakan jangkitan bakteria yang menyebabkan kantung-kantung udara di dalam paru-paru ataupun dikenali sebagai alveolus mengalami keradangan dan membengkak. Keradangan yang berterusan menyebabkan sel paru-paru mengalami perubahan ketara dan berubah menjadi sel kanser.

8. Hilang selera makan dan susut berat badan.

  • Penurunan berat badan antara 4 hingga 5 kilogram mungkin disebabkan oleh penyakit kanser paru-paru. Penghidap kanser ini akan mengalami penurunan berat badan dengan cepat disebabkan penggunaan tenaga oleh sel-sel kanser.

9. Sukar menelan dan rasa sakit ketika menelan.

  • Lokasi ketumbuhan dan tekanan yang dihasilkannya pada persekitaran berdekatan boleh menyebabkan individu yang diserang kanser paru-paru mengalami kesukaran ketika menelan makanan.

10. Demam panas yang mencecah dan melebihi suhu 38oC atau 100.4 F.

  • Ketidakpekaan dan kemerosotan fungsi sistem imun merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kanser termasuk kanser paru-paru. Oleh itu pesakit akan mudah mengalami demam yang mungkin juga merupakan petanda biasa bagi jangkitan.

11. Sakit perut dan sembelit

  • Gangguan sistem penghadaman khususnya sembelit dan keadaan perut tidak selesa atau sebu sering dikaitkan dengan kanser paru-paru. Gangguan ini merupakan petanda awal ketidaknormalan dalam sistem badan yang mungkin menjadi petanda kepada kanser paru-paru.

12. Bengkak pada jari tangan dan kaki.

  • Sesetengah pesakit akan mengalami kesakitan dan bengkak pada jari dan kuku serta sendi-sendi badan.

13. Pening dan hilang keseimbangan

  • Menurut Christina Chun, MPH (2018), sakit kepala atau pening kepala mungkin menjadi tanda bahawa kanser paru-paru telah merebak ke bahagian otak.

14. Rasa letih yang teruk

  • Istilah kanser paru-paru sel tidak kecil digunakan untuk beberapa jenis kanser paru-paru yang mempunyai ciri yang agak sama. Kanser jenis ini meliputi karsinoma sel skuamusa, adenokarsinoma, dan karsinoma sel besar.

15. Rasa letih yang teruk

  • Kebiasannya pesakit kanser paru-paru akan merasai keletihan berterusan. Kanser paru-paru telah menghimpit laluan pernafasan menyebabkan pertukaran dan bekalan oksigen kepada jasad terganggu dan menyebabkan aktiviti metabolisme badan terjejas. Ini menjejaskan  kadar keefisienan sistem badan dan menyebabkan rasa keletihan yang teruk.

15. Bengkak pada leher dan muka

  • Pesakit kanser paru-paru akan mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Hal ini terjadi disebabkan sel tumor kecil yang menghalang saluran darah ke bahagian atas dada lalu mengelakkan darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka. 

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Pelbagai langkah pencegahan boleh diambil bagi memastikan individu dapat mengesan penyakit kanser paru-paru dari awal sebelum menular. Antaranya adalah dengan mengenal pasti simptom-simptom dan tanda-tanda jangkitan kanser paru-paru. Rawatan alternatif dan komplementari merupakan salah satu ikhtiar dan asbab untuk anda dapatkan rawatan secara intensif. Kuasa penyembuh itu hanya terletak pada Allah. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang digunakan adalah tidak berbahaya dan selamat, tanpa bedah dan tanpa radiasi.

Rujukan:

1. Christina Chun, MPH (2018), Early Signs of Lung Cancer, https://www.healthline.com/health/lungcancer/early-signs
2. Cooley ME, Short TH, Moriarty HJ. Symptom prevalence, distress, and change over time in adults receiving treatment for lung cancer. Psycho‐Oncology: Journal of the Psychological, Social and Behavioral Dimensions of Cancer. 2003 Oct;12(7):694-708.
3. Cooley ME. Symptoms in adults with lung cancer: a systematic research review. Journal of pain and symptom management. 2000 Feb 1;19(2):137-53.
4. Corner J, Hopkinson J, Fitzsimmons D, Barclay S, Muers M. Is late diagnosis of lung cancer inevitable? Interview study of patients’ recollections of symptoms before diagnosis. Thorax. 2005 Apr 1;60(4):314-9.
5. Gift AG, Jablonski A, Stommel M, Given CW. Symptom clusters in elderly patients with lung cancer. InOncology nursing forum 2004 Mar 1 (Vol. 31, No. 2, pp. 203-218). 125 ENTERPRISE DR, PITTSBURGH, PA 15275 USA: ONCOLOGY NURSING SOCIETY.
6. Gift AG, Stommel M, Jablonski A, Given W. A cluster of symptoms over time in patients with lung cancer. Nursing Research. 2003 Nov 1;52(6):393-400.
7. Lung Cancer Symptoms: What You Should Know, accessed at : https://www.webmd.com/lung-cancer/understanding-lung-cancer-symptoms
8. Mahani Ishak (2019) Kanser paru-paru sering dikesan pada tahap kritikal, https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/08/600652/kanser-paru-paru-sering-dikesan-pada-tahap-kritikal
9. Nor Hatina Shuib (2019), Sebu perut tanda awal kanser, , https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/06/576826/sebu-perut-anda-awal-kanser

Kongsi