#kanser #usus

15 Tanda dan Gejala Kanser Usus

15 tanda dan gejala kanser usus

Kanser usus merupakan kanser yang terjadi di bahagian akhir laluan penghadaman iaitu meliputi usus besar hingga ke rektum. Di Malaysia, kanser usus menyumbang sebanyak 13693 kes iaitu 13.% daripada jumlah kanser. Kanser usus kebiasaannya terjadi pada golongan dewasa dimana 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun. Walau bagaimanapun ianya juga boleh terjadi kepada golongan muda. Lazimnya kanser usus bermula dengan kelompok sel dipanggil polip yang terbentuk di dalam usus. Dari semasa ke semasa, polip ini akan berkembang menjadi kanser usus.

Polip mungkin bersaiz sangat kecil dan mungkin menunjukkan sedikit gejala jika ada. Untuk situasi ini, pakar perubatan akan mencadangkan ujian saringan biasa bagi menghalang pembentukan kanser usus dengan mengenalpasti dan membuang polip sebelum ia membesar. Jika kanser usus telah terbentuk, terdapat beberapa pilihan rawatan yang ada bagi mengawalnya seperti pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, terapi sasaran dan imunoterapi.

Ramai pesakit yang menghidap kanser usus tidak mengalami sebarang gejala pada peringkat awal penyakit ini. Jika ada sekalipun, gejala adalah pelbagai dan bergantung kepada saiz dan lokasinya di usus besar. Antara tanda dan gejala kanser usus adalah:

  • Cirit-birit yang berlanjutan
  • Kembung perut dan sembelit
  • Usus berdarah atau najis berdarah
  • Kesakitan disekitar perut
  • Rasa keletihan
  • Penurunan mendadak berat badan tanpa sebab khusus
  • Najis berwarna gelap atau merah
  • Najis bersaiz kecil atau leper
  • Konsistensi najis yang lembik dan cair
  • Ketidakpuasan membuang air besar
  • Jaundis (mata dan kulit kekuningan)
  • Anemia (kekurangan sel darah merah untuk mengangkut oksigen)
  • Badan berasa lemah
  • Kekejangan di sekitar abdomen
  • Mengalami sesak nafas

Sebab utama terjadinya kanser usus adalah masih samar. Secara amnya, kanser usus terjadi apabila sel normal usus mengalami mutasi pada DNAnya. Oleh kerana DNA mengandungi set arahan yang memberitahu sel apa yang perlu dilakukan, sel yang mengandungi DNA bermutasi akan berkembang menjadi sel yang abnormal. Sel abnormal ini akan terus bertahan dan berkembang menjadi kanser usus.

Terdapat juga faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat kanser usus. Orang yang berusia lanjut iaitu yang berumur lebih daripada 50 tahun lebih cenderung dan berpotensi tinggi menghidap kanser usus berbanding yang berusia lebih muda. Secara keseluruhannya, bangsa Afrika-Amerika lebih berpotensi tinggi untuk mendapat kanser ini. Bagi orang yang mempunyai sejarah polip bukan kanser, potensi untuk mendapat kanser usus setelah satu jangka masa adalah tinggi. Sembelit kronik dan penyakit radang kronik pada usus seperti kolitis ulseratif dan penyakit Crohn juga boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus. Sindrom warisan seperti poliposis adenomatosa kekeluargaan (FAP) dan sindrom Lynch dapat meningkatkan risiko mendapat kanser usus.

Selain daripada itu gaya hidup tidak sehat seperti pengambilan diet harian kurang serat dan tinggi lemak serta berkolestrol, diet ikan masin yang kerap, pengambilan daging merah yang banyak, kurang bersenam, obesiti, merokok, infeks h.pylori, radioterapi dan pengambilan minuman beralkohol boleh meningkatkan pengumpulan bahan toksik dan toksin dalam badan dan menyebabkan pembentukan kanser usus.

Saringan awal kanser usus dapat membendung penyakit ini. Pakar perubatan akan mencadangkan orang berusia lanjut dan berisiko tinggi supaya menjalani ujian saringan. Akan tetapi individu dengan sejarah keluarga menghidap kanser usus harus menjani ujian saringan dengan segera.  Perubahan cara hidup ke arah yang lebih sihat seperti pengambilan pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan bijirin, menghindari mengambilan minuman beralkohol, menghentikan tabiat merokok, memperbanyak aktiviti riadah dan mengekalkan berat badan seimbang dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus.


Rujukan:

1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/symptoms-causes/syc-20353669
2. http://www.myhealth.gov.my/kanser-usus-a-dubur/
3. Laporan daftar kanser kebangsaan 2007-2011.
4. Guérin A, Mody R, Fok B, Lasch KL, Zhou Z, Wu EQ, Zhou W, Talley NJ. Risk of developing colorectal cancer and benign colorectal neoplasm in patients with chronic constipation. Alimentary pharmacology & therapeutics. 2014 Jul;40(1):83-92.
5. Jacobs EJ, White E. Constipation, laxative use, and colon cancer among middle-aged adults. Epidemiology (Cambridge, Mass.). 1998 Jul;9(4):385-91.
6. Watanabe T, Nakaya N, Kurashima K, Kuriyama S, Tsubono Y, Tsuji I. Constipation, laxative use and risk of colorectal cancer: The Miyagi Cohort Study. European journal of cancer. 2004 Sep 1;40(14):2109-15.
7. Camilleri M, Ford AC, Mawe GM, Dinning PG, Rao SS, Chey WD, Simren M, Lembo A, Young-Fadok TM, Chang L. Chronic constipation. Nature reviews Disease primers. 2017 Dec 14;3:17095.
8. Jones A, Povlow MR. Colorectal Cancer Presenting with Constipation During Pregnancy. Cureus. 2017 Apr;9(4).
9. Haggar FA, Boushey RP. Colorectal cancer epidemiology: incidence, mortality, survival, and risk factors. Clinics in colon and rectal surgery. 2009 Nov;22(04):191-7.
10. Larsson SC, Wolk A. Meat consumption and risk of colorectal cancer: a meta‐analysis of prospective studies. International journal of cancer. 2006 Dec 1;119(11):2657-64.
11. Boyle P, Langman JS. ABC of colorectal cancer: Epidemiology. BMJ: British Medical Journal. 2000 Sep 30;321(7264):805.
12. Janout V, Kollárová H. Epidemiology of colorectal cancer. Acta-Universitatis Palackianae Olomucensis Facultatis Medicae. 2001 Sep:5-10.
13. Larsson SC, Wolk A. Meat consumption and risk of colorectal cancer: a meta‐analysis of prospective studies. International journal of cancer. 2006 Dec 1;119(11):2657-64.
14. Santarelli RL, Pierre F, Corpet DE. Processed meat and colorectal cancer: a review of epidemiologic and experimental evidence. Nutrition and cancer. 2008 Mar 17;60(2):131-44.
15. Sinha R. An epidemiologic approach to studying heterocyclic amines. Mutation Research/Fundamental and Molecular Mechanisms of Mutagenesis. 2002 Sep 30;506:197-204.
16. Zisman AL, Nickolov A, Brand RE, Gorchow A, Roy HK. Associations between the age at diagnosis and location of colorectal cancer and the use of alcohol and tobacco: implications for screening. Archives of internal medicine. 2006 Mar 27;166(6):629-34.
17. Botteri E, Iodice S, Bagnardi V, Raimondi S, Lowenfels AB, Maisonneuve P. Smoking and colorectal cancer: a meta-analysis. Jama. 2008 Dec 17;300(23):2765-78.
18. Fedirko V, Tramacere I, Bagnardi V, Rota M, Scotti L, Islami F, Negri E, Straif K, Romieu I, La Vecchia C, Boffetta P. Alcohol drinking and colorectal cancer risk: an overall and dose–response meta-analysis of published studies. Annals of oncology. 2011 Feb 9;22(9):1958-72.
19. Yang CX, Takezaki T, Hirose K, Inoue M, Huang XE, Tajima K. Fish consumption and colorectal cancer: a case–reference study in Japan. European journal of cancer prevention. 2003 Apr 1;12(2):109-15.
20. Shmuely H, Passaro D, Figer A, Niv Y, Pitlik S, Samra Z, Koren R, Yahav J. Relationship between Helicoba7cter pylori CagA status and colorectal cancer. The American journal of gastroenterology. 2001 Dec;96(12):3406.


Kongsi