#kanser #wanita

15 Tanda dan Gejala Wanita Perlu Ambil Tahu

Tubuh badan wanita kerap mengalami perubahan. Kadang-kala perubahan yang disangka normal ini boleh menjadi tanda dan gejala kanser. “Dengan memberi sepenuh perhatian terhadap tubuh badan anda, sebarang perubahan fizikal dapat dikesan.” Kata Robyn Anderson, PhD, Pusat Kajian Kanser Fred Hutchinson di Seattle. Tambahnya lagi, “Gejala baru menunjukkan sesuatu sedang berlaku pada tubuh badan anda, dan anda perlu tahu apakah yang sedang terjadi.”  Oleh itu, apakah perubahan yang sepatutnya kita perhatikan?

15 Tanda dan gejala wanita perlu ambil tahu

1. Perubahan payudara.

Kebanyakan benjolan di payudara adalah bukan disebabkan oleh kanser, akan tetapi pakar kesihatan anda perlu memeriksanya selalu. Maklumkan kepada mereka jika terdapat perubahan berikut:

  • Benjolan disekitar payudara
  • Cecair keluar daripada payudara
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Gatal pada bahagian putting
  • Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
  • Sakit disekitar payudara
  • Putting masuk ke dalam
  • Kedutan disekitar payudara

Untuk mencari punca gejala-gejala ini, pakar perubatan akan melakukan ujian fizikal dan bertanyakan soalan tentang sejarah perubatan anda. Anda juga akan diminta melakukan ujian seperti mamogram atau biopsi.

2. Kembung perut.

“Wanita biasa mengalami kembung perut”, kata Marleen Meyers, MD, onkologist di Pusat Perubatan NYU Langone. Tambahnya lagi, “tidak mengapa untuk menunggu seminggu dua untuk melihat sama kembung perut itu surut atau tidak.” Jika gejala ini tidak berkurangan, atau jika ia disertai dengan penyusutan berat badan atau pendarahan, sila segera berjumpa pakar perubatan. Kembung perut yang berterusan boleh menjadi tanda kanser, termasuklah kanser payudara, usus, gastrousus, ovari, pankreatik atau uterus. Bergantung kepada gejala tambahan, anda mungkin akan diminta melakukan beberapa ujian termasuk ujian pelvis, ujian darah, mamogram, kolonoskopi, imbasan CT atau ultrabunyi untuk mencari punca masalah.

3. Pendarahan berterusan semasa kitar haid.

Jika anda masih mengalami kitar haid, maklumkan kepada pakar perubatan jika anda masih mengalami pendarahan diluar waktu yang sepatutnya. Pendarahan diluar masa yang sepatutnya boleh disebabkan oleh banyak faktor selain kanser. Pendarahan selepas menopos adalah sangat tidak normal dan perlu mendapat pemeriksaan segera.

4. Perubahan pada kulit.

Perubahan saiz, bentuk dan warna tahi lalat atau bintik lain, begitu juga pembentukan bintik baru adalah tanda lazim bagi kanser kulit. Sila berjuma pakar perubatan untuk menjalani ujian atau biopsi. Usah tunggu lagi, anda boleh terus berjumpa pakar perubatan jika anda mengalami sebarang perubahan pada kulit.

5. Kencing atau najis berdarah.

Sila berjumpa dengan pakar perubatan jika anda mengalami pendarahan luarbiasa pada mana-mana bahagian badan, lebih-lebih lagi bagi pendarahan yang melebihi sehari dua. “Najis berdarah lazimnya disebabkan oleh hemoroid, tetapi boleh juga menjadi gejala kanser usus. Kencing berdarah pula kebiasaannya menjadi tanda awal kanser pundi kencing atau buah pinggang”, kata Herbert Lepor, MD, urologist di Pusat Perubatan NYU Langone.

6. Perubahan nodus limfa.

Nodus limfa adalah kelenjar berbentuk kekacang yang sangat kecil dan berada diseluruh badan. Kebanyakan perubahan pada nodus limfa adalah disebabkan oleh infeksi. Akan tetapi, bagi sesetengah kanser seperti leukemia dan limfoma, nodus limfa akan membengkak dan menjadi lembut. Berjumpalah dengan pakar perubatan jika anda mengalami benjolan atau bengkak di mana-mana bahagian badan yang melebihi sebulan atau lebih.

7. Kesukaran menelan.

Masalah kesukaran untuk menelan yang jarang-jarang berlaku tidak perlu dibimbangi. Akan tetapi, jika ianya kerap terjadi, terutamnya apabila disertai dengan muntah atau kekurangan berat badan ketara, pergilah berjumpa dengan pakar kesihatan untuk memastikan adalah ia merupakan gejala kanser kerongkong atau perut. Pakar perubatan akan memastikan gejala itu dengan menggunakan endoskop, imbasan CT pada leher, dada, dan abdomen serta sinar-X barium. Semasa ujian barium, anda dikehendaki untuk minum cecair khas yang membuatkan kerongkong dan perut anda kelihatan pada sinar-X.

8. Susut berat badan tanpa sebab tertentu.

Kebanyakkan wanita mengidamkan lemak-lemak berlebihan untuk hilang daripada hidup mereka. Akan tetapi kehilangan berat badan badan melebihi 10 paun atau lebih tanpa mengubah pelan diet atau senaman boleh menimbulkan masalah. Kehilangan berat badan yang tidak dijangka lazimnya bukan gejala kanser. Ia selalunya disebabkan oleh tekanan atau tiroid, akan tetapi ia juga boleh menjadi gejala kanser pankreas. Kanser lain seperti usus, perut dan paru-paru juga berkemungkinan tinggi. Pakar perubatan akan meminta anda untuk melakukan banyak ujian untuk mencari punca masalah termasuklah ujian darah dan ujian pengimejan seperti PET dan imbasan CT.

9. Pedih ulu hati

Makan berlebihan, pengambilan minuman beralkohol berlebihan, atau tekanan berlebihan boleh menyebabkan penyakit pedih ulu hati yang teruk. Ubah diet harian anda selama seminggu dan lihat sebarang perubahan. Jika ini tidak membantu, segeralah berjumpa pakar perubatan. Pedih ulu hati yang tidak hilang atau menjadi semakin teruk mungkin disebabkan oleh kanser perut, kerongkong atau ovari. Tambahan lagi, pedih ulu hati yang berterusan akan memusnahkan lapisan esofagus dan menyebabkan keadaan yang dipanggil esofagus Barrett. Keadaan ini meningkatkan risiko untuk mendapat kanser kerongkong.

10. Perubahan pada mulut

Jika anda merokok, perhatikan kesan kekuningan, kelabu, putih atau merah terang di dalam mulut atau pada bibir anda. Anda mungkin akan mengalami mata ikan yang kelihatan seperti ulser yang mempunyai kawah didalamnya. Ini mungkin menjadi gejala kanser mulut. Tanyalah pakar perubatan tentang ujian dan rawatan yang sepatutnya.

11. Demam berterusan.

Demam yang tidak kebah dan tidak boleh dijelaskan puncanya mungkin adalah gejala leukemia atau kanser darah yang lain. Pakar kesihatan akan mendapatkan maklumat sejarah perubatan dan memberikan anda ujian fizikal untuk mencari punca sebenar.

12. Keletihan.

Ramai wanita yang mengalami keletihan disebabkan rutin kehidupan yang sibuk. Akan tetapi, keletihan melampau yang tidak hilang adalah tidak normal. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan jika anda mengalami keletihan melampau berserta gejala lain seperti berak berdarah. Pakar perubatan akan bertanyakan tentang sejarah kesihatan lengkap dan meminta melakukan ujian darah.

13. Batuk.

Kebanyakkan batuk hilang dengan sendirinya dalam masa 3-4 minggu. Akan tetapi, jangan ambil mudah bagi batuk yang berpanjangan, terutamanya jika kamu merokok atau atau memiliki nafas yang pendek. Jika anda batuk berdarah, segeralah berjumpa pakar kesihatan. Batuk merupakan gejala biasa bagi kanser paru-paru.

14. Sakit.

Kanser tidak menyebabkan sakit yang teruk. Akan tetapi, sakit yang berpanjangan boleh memberi tanda kanser tulang, otak dan lain-lain lagi, terutamanya yang telah merebak. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan tentang sakit yang tidak diketahui puncanya dan berterusan selama sebulan atau lebih.

15. Sakit perut dan kemurungan.

Walaupun jarang berlaku, akan tetapi sakit perut yang disertai dengan kemurungan boleh menjadi gejala kanser pankreas. Risiko adalah lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser pankreas.

Artikel ini diterjemah daripada webmd.com dan diolah mengikut pendapat dan maklumat semasa.


Rujukan:

https://www.webmd.com/cancer/features/15-cancer-symptoms-women-ignore#1


Kongsi