#kanser #otak

20 Tanda & Gejala Kanser Otak

20 tanda & gejala kanser otak

Kanser otak ataupun dikenali sebagai ketumbuhan intrakranial adalah sel tidak normal yang mengalami pertumbuhan tidak terkawal dan membentuk kanser. Di Malaysia kanser otak dan sistem saraf menduduki tempat 10 tertinggi di kalangan lekaki mahupun wanita. Daftar kanser Kebangsaan 2007-2011 menunjukkan bahawa nisbah penghidap kanser otak bagi lelaki dan wanita adalah 1:1, dimana peratusan tertinggi direkodkan bagi kanser tahap I dan IV. Terdapat lebih 150 jenis ketumbuhan otak telah direkodkan, akan tetapi 2 kumpulan utamanya adalah primer dan metastatik.

Kanser otak primer merangkumi ketumbuhan yang bermula di tisu otak atau sekelilingnya. Ketumbuhan primer dikategorikan sebagai glial (terdiri daripada sel glial) atau bukan glial (berkembang dalam struktur otak seperti saraf, pembuluh darah, dan kelenjar) dan benigna atau maligna.

Ketumbuhan otak metastatik merangkumi ketumbuhan daripada mana-mana bahagian badan seperti payudara atau paru-paru yang merebak ke otak melalui saluran darah. Ketumbuhan metastatik dikira sebagai kanser dan maligna. Berapa cepat kanser otak boleh membesar adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar pertumbuhan dan lokasi kanser tersebut. Rawatan kanser otak juga bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis ketumbuhan, saiz dan lokasinya.

Jenis-jenis kanser otak:

  • Neuroma akustik
  • Astrositoma
  • Metastasis otak
  • Koroid plexus karsinoma
  • Kraniofaringioma
  • Ketumbuhan embrio
  • Ependimoma
  • Glioblastoma
  • Glioma
  • Meduloblastoma
  • Meningioma
  • Oligodendroglioma
  • Ketumbuhan otak pediatrik
  • Pineoblastoma
  • Ketumbuhan pituitari

Tanda dan gejala:

  • Sakit kepala yang menjadi semakin kerap dan teruk
  • Mual atau muntah yang tidak diketahui puncanya
  • Perasaan resah gelisah
  • Rasa mudah marah
  • Rasa mengantuk dan kerap tidur
  • Perubahan personaliti dan tingkah laku
  • Penurunan fungsi jantung dan pernafasan
  • Sawan
  • Juling
  • Strok muka atau sebahagian badan
  • Hilang ingatan jangka pendek
  • Masalah pertuturan
  • Gangguan fungsi usus, pundi kencing dan sakit belakang
  • Masalah penglihatan seperti penglihatan kabur, penglihatan berganda atau kehilangan penglihatan peripheral
  • Kehilangan rasa pergerakan tangan dan kaki
  • Sukar mengimbangai
  • Kekeliruan dalam perkara seharian
  • Kekejangan, terutamanya bagi seseorang yang tiada sejarah sawan
  • Masalah pendengaran
  • Kehilangan tenaga dan keletihan

Ketumbuhan otak primer yang melibatkan ketumbuhan di tisu otak dan kawasan persekitarannya seperti selaput otak (meninges), saraf kranium, kelenjar pituitari dan kelenjar pineal disebabkan oleh masalah mutasi DNA. Mutasi menyebabkan sel normal berubah dan membahagi dengan cepat dan membentuk kanser.

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser otak. Pendedahan terhadap radiasi seperti pesakit yang menjalani rawatan radiasi ion dan radiasi bom atom meningkatkan risiko untuk mendapat kanser otak. Sementara itu, sebahagian kecil ketumbuhan otak terjadi pada individu yang mempunyai ahli keluarga dengan sejarah kanser otak dan yang mempunyai sejarah sindrom genetik.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengumpulan bahan toksik dan toksin dalam badan juga mampu mengaruh perubahan genetik yang membawa kepada mutasi dan seteruskan pembentukan kanser otak. Infeksi virus seperti EBV dan sitomegalovirus, pendedahan terhadap pencemaran logam berat, pengambilan minuman beralkohol, aktiviti merokok, penggunaan pewarna rambut, racun serangga, kerosin petroleum, hormon, pengambilan ubat sawan merupakan antara beberapa faktor penyumbang bahan toksik dan toksin dalam badan yang meningkatkan risiko mendapat kanser otak.


Rujukan:

1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cancer/symptoms-causes/syc-20352470
2. http://www.myhealth.gov.my/ketumbuhan-otak/ http://www.myhealth.gov.my/ketumbuhan-otak/
3. Laporan daftar kanser kebangsaan 2007-2011.
4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/brain-tumor/symptoms-causes/syc-20350084
5. Söderberg-Nauclér C, Johnsen JI. Cytomegalovirus infection in brain tumors: a potential new target for therapy?. Oncoimmunology. 2012 Aug 1;1(5):739-40.
6. O’Neill BP, Vernino S, Dogan A, Giannini C. EBV-associated lymphoproliferative disorder of CNS associated with the use of mycophenolate mofetil. Neuro-oncology. 2007 Jul 1;9(3):364-9.
7. Alibek K, Kakpenova A, Baiken Y. Role of infectious agents in the carcinogenesis of brain and head and neck cancers. Infectious agents and cancer. 2013 Dec;8(1):7.
8. Caffo M, Caruso G, La Fata G, Barresi V, Visalli M, Venza M, Venza I. Heavy metals and epigenetic alterations in brain tumors. Current genomics. 2014 Dec 1;15(6):457-63.
9. Matés JM, Segura JA, Alonso FJ, Márquez J. Roles of dioxins and heavy metals in cancer and neurological diseases using ROS-mediated mechanisms. Free Radical Biology and Medicine. 2010 Nov 15;49(9):1328-41.
10. Brooks PJ. DNA damage, DNA repair, and alcohol toxicity—a review. Alcoholism: Clinical and Experimental Research. 1997 Sep;21(6):1073-82.
11. Hurley SF, McNeil JJ, Donnan GA, Forbes A, Salzberg M, Giles GG. Tobacco smoking and alcohol consumption as risk factors for glioma: a case-control study in Melbourne, Australia. Journal of Epidemiology & Community Health. 1996 Aug 1;50(4):442-6.
12. Muscat JE, Malkin MG, Thompson S, Shore RE, Stellman SD, McRee D, Neugut AI, Wynder EL. Handheld cellular telephone use and risk of brain cancer. Jama. 2000 Dec 20;284(23):3001-7.
13. Hardell L, Mild KH, Påhlson A, Hallquist A. Ionizing radiation, cellular telephones and the risk for brain tumours. European Journal of Cancer Prevention. 2001 Dec 1;10(6):523-9.
14. Roguin A, Goldstein J, Bar O, Goldstein JA. Brain and neck tumors among physicians performing interventional procedures. The American journal of cardiology. 2013 May 1;111(9):1368-72.
15. Braganza MZ, Kitahara CM, Berrington de González A, Inskip PD, Johnson KJ, Rajaraman P. Ionizing radiation and the risk of brain and central nervous system tumors: a systematic review. Neuro-oncology. 2012 Sep 5;14(11):1316-24.
16. Morgan LL, Miller AB, Sasco A, Davis DL. Mobile phone radiation causes brain tumors and should be classified as a probable human carcinogen (2A). International journal of oncology. 2015 May 1;46(5):1865-71.
17. Connelly JM, Malkin MG. Environmental risk factors for brain tumors. Current neurology and neuroscience reports. 2007 May 1;7(3):208-14.
18. Van Maele-Fabry G, Hoet P, Lison D. Parental occupational exposure to pesticides as risk factor for brain tumors in children and young adults: a systematic review and meta-analysis. Environment International. 2013 Jun 1;56:19-31.
19. Gurney JG, Preston-Martin S, McDaniel AM, Mueller BA, Holly EA. Head injury as a risk factor for brain tumors in children: results from a multicenter case-control study. Epidemiology. 1996 Sep 1:485-9.
20. Bunin GR, Buckley JD, Boesel CP, Rorke LB, Meadows AT. Risk factors for astrocytic glioma and primitive neuroectodermal tumor of the brain in young children: a report from the Children’s Cancer Group. Cancer Epidemiology and Prevention Biomarkers. 1994 Apr 1;3(3):197-204.
21. Huang K, Whelan EA, Ruder AM, Ward EM, Deddens JA, Davis-King KE, Carreón T, Waters MA, Butler MA, Calvert GM, Schulte PA. Reproductive factors and risk of glioma in women. Cancer Epidemiology and Prevention Biomarkers. 2004 Oct 1;13(10):1583-8.
22. Singh G, Driever PH, Sander JW. Cancer risk in people with epilepsy: the role of antiepileptic drugs. Brain. 2004 Dec 1;128(1):7-17.
23. Lamminpää A, Pukkala E, Teppo L, Neuvonen PJ. Cancer incidence among patients using antiepileptic drugs: a long-term follow-up of 28,000 patients. European journal of clinical pharmacology. 2002 May 1;58(2):137-41.



Kongsi
WhatsApp chat