Cegah Penyakit CORETAN

3 CARA CEGAH KANSER RAHIM

KETAHUI 3 LANGKAH AWAL MENCEGAH KANSER RAHIM

Rahim adalah mahkota wanita yang harus dijaga dengan sebaiknya. Namun jika tidak, ia mungkin menjadi mimpi ngeri dan punca kesengsaraan bagi seorang wanita. Di Malaysia, kanser rahim adalah merupakan kanser ketiga tertinggi yang menyerang wanita. Sebagai seorang wanita yang bijak, pilihlah untuk mencegah sebelum terlambat. Berikut adalah 4 cara untuk cegah penyakit kanser rahim sebelum tular:

Pertama: Melakukan pemeriksaan secara berkala

Antara punca utama kanser rahim adalah kerana kurangnya pemeriksaan Ujian Pap (‘Pap Smear’) secara berkala dan Ujian HPV. Seorang doktor professional akan melakukan ujian ini dengan mengunakan alat khas iaitu speculum dan berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks yang kemudiannya di hantar ke makmal untuk diperiksa.

Kedua: Mengamalkan gaya hidup sihat

Antara punca utama kanser rahim adalah aktiviti seks yang tidak sihat seperti mempunyai pasangan yang ramai. Merokok juga boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit yang berkaitan dengannya. Wanita juga disarankan untuk mengawal berat badan dengan sihat dan kekal aktif dengan melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari.

Ketiga: Pengambilan Vaksinani HPV

Pengambilan vaksin HPV boleh mencegah jangkitan kuman HPV (Human Papilloma Virus) yang boleh menyebabkan kanser rahim. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual yang ditetapkan. Suntikan ini akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Untuk menjadi manusia yang sihat kita hendaklah menjauhi perkara yang memudaratkan dan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Langkah pencegahan seeloknya diambil awal sebagai ikhtiar kita sebelum kita terlewat dan menyesal di kemudian hari. Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser rahim. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izinNya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser rahim berdasarkan teknologi fitrah.

RUJUKAN

Kongsi