Artikel : 

Adakah jantung bengkak boleh sembuh?

oleh Hakeema Rozainah

Jantung bengkak merupakan keadaan apabila jantung membesar daripada kebiasaannya. Ia bukanlah penyakit tetapi merupakan simptom kecacatan jantung atau kesan dari jantung yang bekerja keras seperti kardiomiopati (cardiomyopathy), masalah injap jantung dan tekanan darah tinggi. Selain itu, gejala stres yang berpunca daripada kelemahan otot jantung, sakit arteri koronari, masalah injap jantung dan ketidakstabilan ritma jantung juga menyebabkan jantung bengkak. Jantung bengkak tidak dapat mengepam darah dengan cekap seperti jantung normal dan ini boleh mencetuskan penyakit berbahaya seperti strok dan kegagalan jantung.

Kebiasaannya, jantung bengkak tidak menunjukkan sebarang simptom yang nyata. Namun, kadang-kadang ia boleh menyebabkan simptom seperti:

  • Sesak nafas.
  • Ritma jantung yang tak sekata.
  • Bengkak pada kaki (edema).
  • Letih.
  • Pening.
  • Sakit dada.
  • Masalah pernafasan.
  • Sakit di bahagian tangan, belakang, leher dan rahang.
  • Pengsan.

Usahlah risau kerana jantung anda boleh sembuh sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat mengikut fitrah. Allah Yang Maha Suci (Al-Quddus) telah menciptakan jantung suci dari kesilapan dan kekurangan, dengan itu kita hendaklah pelihara ia dengan melakukan beberapa aktiviti seperti:

  1. Melakukan Pernafasan Fitrah agar jantung sentiasa dapat membekalkan darah beroksigen ke seluruh sistem enjin jasad secara optimum.  
  2. Melakukan senaman ringkas untuk kekal cergas dan aktif. 
  3. Sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan diri daripada stres dengan kehidupan seharian.
  4. Mengelakkan diri dari minum minuman beralkohol, minuman berkafein dan pengambilan ubat-ubatan kimia sintetik yang boleh menyebabkan jantung lemah. 
  5. Mengelakkan makan makanan tinggi garam, kolesterol dan lemak tepu dalam diet pemakanan harian. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah jantung. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik. Rawatan Overhaul Body™ yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness dapat menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan keseimbangan jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah.

 

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas