Artikel : 

Apakah kaitan hati, pundi hempedu dan pankreas ?

oleh Hakeema Rozainah

Hati, pundi hempedu dan pankreas merupakan organ yang berada berdekatan antara satu sama lain. Secara fitrahnya, hati berfungsi menjalankan 500 fungsi penting termasuklah membersihkan darah kotor dan merembeskan cecair hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu. Pundi hempedu membantu sistem pencernaan dengan memecahkan molekul besar lemak kepada molekul kecil asid lemak dengan menggunakan enzim (cecair hempedu) yang dirembes oleh hati. Pankreas pula terlibat dengan proses pencernaan dengan bantuan enzim yang dirembesnya dan diaktifkan oleh hempedu terlebih dahulu sebelum digunakan. Ketiga-tiga organ ini saling berkait rapat untuk sistem enjin jasad berfungsi secara fitrah. 

Sekiranya ketiga-tiga organ ini tidak dapat berfungsi secara fitrah, hati tidak dapat menapis longgokan toksin beracun dalam darah kotor dan cecair hempedu tidak dapat dirembeskan, pundi hempedu tidak dapat memecahkan molekul lemak kerana tiada cecair hempedu daripada hati, manakala pankreas tidak dapat melakukan proses pencernaan kerana enzim yang dirembeskan tidak dapat diaktifkan oleh hempedu. Allah Yang Maha Pemberi Manfaat (Al-Nafi’) menciptakan setiap organ itu saling memberi manfaat antara satu sama lain. Pentingnya bagi kita agar memelihara setiap organ ini agar sistem enjin jasad yang diamanahkan ini dapat berfungsi dan hidup mengikut fitrah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung