Artikel : 

Apakah punca jantung berlubang (congenital heart diseases) ?

oleh Hakeema Rozainah

Penyakit jantung berlubang juga dikenali jantung kongenital merupakan kecacatan struktur jantung yang wujud ketika lahir lagi. Ia boleh memberi kesan buruk kepada dinding jantung, injap jantung dan salur darah. Terdapat beberapa jenis masalah jantung berlubang iaitu:

  • Kecacatan injap jantung

Injap di dalam jantung yang mengalirkan darah tertutup atau bocor. Ini mengganggu kebolehan jantung untuk mengepam darah ke seluruh sistem enjin jasad.

  • Kecacatan dinding jantung

Dinding semula jadi yang berada antara bahagian kiri dan kanan serta atas dan bawah jantung tidak mengembang dan mengendur secara fitrah, menyebabkan darah berpatah balik ke jantung atau terkumpul di tempat yang tidak sepatutnya. Masalah ini memberi tekanan kepada jantung untuk bekerja lebih keras sehingga menyebabkan tekanan darah tinggi.

  • Kecacatan saluran darah, arteri dan urat 

Salur darah, arteri dan urat yang membawa darah ke jantung dan ke seluruh sistem enjin jasad tidak berfungsi secara fitrah. Masalah ini boleh mengurangkan atau menyekat darah daripada mengalir secara efisien sehingga mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

Jantung berlubang biasanya berlaku kepada kanak-kanak sejak lahir disebabkan oleh faktor genetik daripada ibu atau bapa yang juga mempunyai masalah jantung berlubang. Selain itu, tabiat ibu yang tidak mengamalkan gaya fitrah seperti minum minuman beralkohol semasa hamil, mengambil ubat-ubatan kimia sintetik serta jangkitan virus dan kuman turut memberi risiko tinggi kepada bayi dalam kandungan. Longgokan toksin beracun yang berpunca daripada minuman beralkohol, ubat-ubatan kimia sintetik serta jangkitan virus dan kuman yang tersumbat pada bahagian otot yang berada antara kiri dan kanan jantung iaitu septum menjadi berlubang. Lubang pada septum ini dipanggil jantung berlubang. 

Antara simptom penyakit jantung berlubang ialah:

  • Bibir, kulit, jari tangan dan kaki kebiru-biruan.
  • Mengalami masalah pernafasan.
  • Kesukaran apabila makan.
  • Berat badan yang sangat ringan semasa dilahirkan.
  • Sakit dada.
  • Pertumbuhan terbantut.

 

Selain itu juga, simptom seperti berikut akan muncul selepas beberapa tahun dilahirkan iaitu:

  • Ritma jantung tidak normal.
  • Pening.
  • Masalah pernafasan. 
  • Pengsan.
  • Bengkak.
  • Letih.

Segala kejadian manusia adalah ketentuan Allah Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) sepertimana yang dinyatakan dalam surah al-Haj ayat ke-5 yang bermaksud, “…Kami telah jadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu…”. Sesungguhnya semua yang terjadi adalah hak dan rahsiaNya termasuklah segala susunan kromosom dalam jasad manusia. Sedangkan setiap manusia berbeza dari segi luaran apatah lagi dalaman. Yakinlah dengan hikmah Allah SWT bahawa setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaiannya.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah jantung. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik. Rawatan Overhaul Body™ yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness dapat menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan keseimbangan jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah.

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

  • Sun, R., Liu, M., Lu, L., Zheng, Y. and Zhang, P., 2015. Congenital heart disease: causes, diagnosis, symptoms, and treatments. Cell Biochemistry and Biophysics, 72(3), 857-860.
  • Penjelasan tentang sakit jantung berlubang (Hole In The Heart) dan keperluan pembedahan. Diperoleh pada 21 Januari 2021 daripada: https://www.doctoroncall.com.my/soalan/hole-in-the-heart-jantung-berlubang
Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas