Artikel : 

Apakah punca lemah tenaga batin ?

oleh Hakeema Rozainah

Lemah tenaga batin berkait rapat dengan kesihatan dan kekuatan seksual lelaki dan ini merupakan perkara yang sangat merisaukan bagi golongan lelaki. Lemah tenaga batin dikenali sebagai lemah nafsu syahwat dan juga mati pucuk timbul disebabkan oleh organ seksual lelaki tidak berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming). Rangsangan seksual lelaki merupakan satu perkara yang sukar difahami kerana ia melibatkan hubungan antara otak, hormon, emosi, saraf, otot, dan salur darah.

Kegagalan organ seksual berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding organ seksual.

Berikut merupakan penyebab lemah tenaga batin:

  • Menghidapi penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti dan banyak lagi.
  • Masalah berkaitan emosi seperti stres dan kesihatan mental.
  • Mempunyai masalah dalam perhubungan dengan pasangan.
  • Pengambilan ubat-ubatan kimia.
  • Pengambilan minuman beralkohol.
  • Suka merokok.

Antara simptom lemah tenaga batin ialah:

  • Sukar mendapatkan ereksi.
  • Sukar mengekalkan ereksi.
  • Penurunan nafsu seksual.

Masalah lemah tenaga batin boleh mencetus kepada beberapa komplikasi yang tidak diingini seperti:

  • Ketidakpuasan hubungan seksual.
  • Stres dan kemurungan.
  • Rasa malu dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah perhubungan.
  • Sukar memperoleh cahaya mata.

Allah Yang Maha Penyayang (Al-Rahim) telah menganugerahkan fitrah kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Islam menghalalkan hubungan istimewa antara lelaki dan perempuan ini melalui perkahwinan. Dengan ini amatlah penting bagi perempuan dan lelaki terutamanya memelihara diri mereka daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan tenaga batin. Hiduplah dengan mengamalkan gaya hidup fitrah agar sistem enjin jasad kita dapat berfungsi mengikut Teknologi Fitrah. Makan makanan yang sihat dan bernutrisi, bersenam selalu dan jauhi rokok.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung