Artikel : 

Apakah rawatan sakit jantung ?

oleh Hakeema Rozainah

Menurut Kanun Perubatan Ibnu Sina, terdapat kira-kira 83 jenis ramuan perubatan yang terdiri daripada 62 herba, 18 mineral dan 3 produk haiwan telah dibincangkan sebagai rawatan penyakit jantung. Sebagai contoh, Ibnu Sina telah menggunakan herba Taxus baccata L. untuk merawat sakit jantung. Taxus baccata L. bertindak sebagai penyekat saluran kalsium yang dapat merendahkan tekanan darah, merawat sakit dada dan aritmia serta melegakan pengecutan jantung dan arteri. Antara makanan lain yang digalakkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan jantung ialah: 

  • Bijirin seperti oat, gandum penuh dan gandum kuda.
  • Kekacang seperti kacang kuda, badam, hazelnut dan pistasio.
  • Minyak seperti minyak zaitun dan minyak walnut.
  • Herba dan perasa seperti lemon, daun ketumbar, parsli, biji pelaga, daun selasih dan taim. 
  • Air rendaman za’faran, lavender, chamomile dan pudina.

Selain itu, Ibnu Sina juga ada menjelaskan hubung kait antara herba, kesihatan jantung dan kestabilan mental seseorang. Beliau merupakan orang pertama yang mengaitkan tentang bagaimana kekuatan jantung boleh mempengaruhi kadar ingatan seseorang. Menurut Ibnu Sina, herba penawar untuk jantung juga mempunyai kesan yang bagus terhadap ingatan dan kesihatan memori seseorang. Sebagai contoh, buah melaka (Phyllanthus emblica) yang dapat menguatkan jantung, sekali gus dapat meningkatkan memori dan memperbaiki mutu kesihatan mental. Allah Yang Maha Luas (Al-Wasi’) pemberian dan nikmatNya melalui segala herba, tanaman mahupun haiwan bukan sahaja untuk makan minum semata malah tersirat beribu manfaat perubatan menjadi penawar pelbagai penyakit. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

  • Tekol, Y., 2007. The medieval physician Avicenna used an herbal calcium channel blocker, Taxus baccata L. Phytotherapy Research: An International Journal Devoted to Pharmacological and Toxicological Evaluation of Natural Product Derivatives, 21(7), 701-702.
  • Naghizadeh, A., Zargaran, A. and Karimi, M., 2020. The Heart-Healthy Avicennian Diet for Prevention of Heart Disease: A diet for the prevention of cardiovascular disease, based on the writings of a Persian physician from the 10th Century AD is discussed.
Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas