Artikel : 

Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk menyembuhkan prostat yang lemah ?

oleh Hakeema Rozainah

Prostat yang lemah boleh dibaik pulih dengan melakukan beberapa amalan yang sihat secara fitrah seperti pengambilan diet pemakanan yang betul dan gaya hidup yang sihat dengan kekal aktif. Berikut merupakan beberapa tip pemakanan yang perlu diamalkan:

  • Elakkan dari memakan makanan sejuk (makanan berair) seperti tembikai, timun, petola, kobis dan sebagainya. Banyakkan memakan makanan panas seperti madu asli, bawang, bawang putih, halia, lada hitam dan halba.
  • Perbanyakkan mengambil buah-buahan segar seperti kranberi, beri merah dan anggur merah kerana mengandungi sumber flavonoid, asid lemak tak tepu dan antioksidan yang dapat merawat keradangan.
  • Makan sayur-sayuran segar seperti lobak merah, tomato, parsli, basil, rambut jagung setiap hari kerana mengandungi bahan bersifat diuretik, antioksidan dan bahan antikeradangan.
  • Tambahkan herba seperti kunyit dalam masakan dapat merawat keradangan kerana terdapat bahan antikeradangan seperti kurkumin di dalamnya.
  • Sentiasa minum teh hijau kerana ia mempunyai bahan bersifat antioksidan yang dapat mengurangkan keradangan dan menambahkan pengeluaran air kencing.
  • Kurangkan pengambilan makanan daripada sumber haiwan dan makanan yang telah diproses.
  • Pilih lemak sihat seperti minyak zaitun, kekacang dan avokado. Elakkan pengambilan lemak tepu daripada sumber tenusu dan haiwan.
  • Elakkan daripada minum minuman manis seperti soda dan jus buah-buahan. Untuk mengatasi keinginan minum air manis, amalkan pengambilan jus buah-buahan segar seperti kurma.
  • Kurang pengambilan garam dalam pemakanan. Pilih makanan yang rendah garam dan elakkan daripada membeli makanan dalam tin, makanan proses dan makanan sejuk beku.

Allah Yang Maha Luas (Al-Wasi’) sangat luas pemberian dan tidak terhitung nikmat pemberian-Nya kepada semua makhluknya. Alam yang luas ini mengandungi pelbagai manfaat dan penawar kepada pelbagai penyakit manusia. Makanlah makanan yang sihat dan mengandungi manfaat kepada manusia. Hatta udara yang kita hirup dan cahaya matahari yang menyinar setiap pagi juga memberi zat dan nutrien kepada manusia. Dengan itu amalkanlah gaya hidup fitrah untuk mencegah sebelum terlambat.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung