Artikel : 

Apakah simptom sakit jantung ?

oleh Hakeema Rozainah

Sakit jantung merangkumi pelbagai jenis penyakit kardiovaskular dan menjadi penyakit nombor satu paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Antara penyakit jantung yang kerap dihidapi adalah:

  • Aritmia (arrhythmia): Ritma jantung yang tidak normal.
  • Aterosklerosis (atherosclerosis): Arteri mengeras.
  • Kardiomiopati (cardiomyopathy): Otot jantung mengeras atau menjadi lemah.
  • Kecacatan jantung kongenital (congenital heart defects): Kecacatan jantung yang berlaku semasa lahir.
  • Penyakit jantung koronari (coronary heart disease): Pembentukan plak pada arteri jantung.
  • Jangkitan jantung: Disebabkan oleh kuman, virus dan parasit.

Antara simptom-simptom bagi setiap jenis penyakit jantung berikut adalah:

  • Aritmia (arrhytmia):
    • Ringan kepala.
    • Jantung berdegup kencang.
    • Denyutan nadi perlahan.
    • Pengsan. 
    • Pening.
    • Sakit dada.
  • Aterosklerosis (atherosclerosis):
    • Sakit dada.
    • Sesak nafas.
    • Sejuk.
    • Rasa kebas dan sakit yang sukar diterangkan.
    • Lemah pada kaki dan lengan.
  • Kardiomiopati (cardiomyopathy):
    • Letih.
    • Kembung.
    • Bengkak pada kaki dan buku lali. 
    • Sesak nafas.
    • Berdebar.
  • Kecacatan jantung kongenital (congenital heart defects):
    • Kulit kebiru-biruan.
    • Bengkak di hujung kaki.
    • Sesak nafas.
    • Letih dan tiada tenaga.
    • Ritma jantung tidak sekata.
  • Penyakit jantung koronari (coronary heart disease):
    • Ketidakselesaan dan sakit dada.
    • Tekanan pada dada.
    • Sesak nafas.
    • Loya. 
    • Berasa senak dan berangin.
  • Jangkitan jantung disebabkan kuman, virus dan parasit:
    • Sakit dada.
    • Batuk.
    • Demam dan menggigil. 
    • Ruam.

Allah Yang Maha Menghidupkan (Al-Muhyi) telah menjadikan jantung sebagai organ yang menghidupkan sistem enjin jasad. Tanpa jantung mustahil jasad mampu hidup dan berfungsi. Setiap sel pada jantung melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun kerana manusia itu sendiri yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas