#paruparu CORETAN

ASMA DAN RISIKO KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru bukanlah sesuatu yang asing malah merupakan antara kanser yang kerap menyerang manusia. Lazimnya kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok, namun tahukah anda bahawa asma juga merupakan penyumbang kepada peningkatan kanser paru-paru seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 80-90% insiden kanser paru-paru adalah berpunca daripada tabiat merokok dan sebanyak 25% pula tiada kaitan dengan rokok mahupun asap rokok.

Apa itu asma? Asma adalah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Dikenali juga dengan nama lain sebagai lelah dan semput, asma juga antara penyakit yang paling kerap dihidapi dan berlaku serta menyumbang 10% prevalens di kalangan kanak-kanak terutamanya yang berusia antara 6-7 tahun. Semua penghidap asma mempunyai salur udara yang sensitif terhadap bahan yang dihidu lalu menyebabkan keradangan. Keradangan menyebabkan lapisan mukosa pada saluran membengkak lalu menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit lalu menghadapi kesukaran untuk bernafas. Antara gejala-gejala yang dialami apabila diserang asma adalah kesukaran bernafas, batuk, sakit dada, semput, alergik dan rasa letih yang teruk. Keradangan kronik yang berlaku dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser paru-paru. Ini terbukti melalui kajian yang mengaitkan penyakit asma dan insiden kanser paru-paru.

Terdapat 19 kajian yang melibatkan 16, 375, 202 penghidap telah membuktikan adanya perkaitan antara penyakit asma dan risiko kanser paru-paru. Menurut kajian tersebut, sub kumpulan yang berasal dari Eropah dan Asia telah menunjukkan trend yang sama iaitu penyakit asma boleh menyumbang kepada kanser termasuk lelaki dan perempuan. Kanser paru-paru dikelaskan kepada kanser paru-paru sel kecil dan adenokarsinoma, karsinoma sel skuamus, dan karsinoma sel besar, namun kajian mendapati penyakit asma tidak meningkatkan risiko sub kumpulan adenokarsinoma. Oleh itu kajian lanjutan diperlukan bagi memastikan keputusan ini dan mengkaji hubung kait antara penyakit asma dengan sub kumpulan kanser paru-paru yang lain.

Penyakit asma berlaku disebabkan oleh masalah keradangan oleh sel limfosit T dan B, eosinophil, basophil, neutrofil, sel dendritik, sel selaput pernafasan dan sel mesenkima yang terdapat dalam laluan pernafasan, oleh itu ia juga boleh mencetuskan pembentukan kanser paru-paru. Terdapat kajian lain menunjukkan bahawa keradangan kronik menghasilkan spesies oksigen reaktif (ROS) yang boleh menyebabkan kerosakan ketara kepada struktur sel. Kerosakan sel ini boleh menukarkan sel normal menjadi sel kanser paru-paru. Oleh itu, penyakit alergi yang sering dipandang remeh oleh masyarakat ini merupakan faktor risiko penting untuk kanser paru-paru. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran jelas kepada kita bahawa walaupun tidak merokok dan tidak terdedah dengan asap rokok, ia tidak menjaminkan bahawa kita bebas daripada serangan kanser paru-paru. Lebih-lebih lagi jika kita pernah atau sering diserang semput, itu sudah cukup untuk menyumbang kepada 25% insiden kanser paru-paru. Terdapat pelbagai kaedah berkesan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit asma sama ada dengan menggunakan ubatan moden atau perubatan alternatif yang berasaskan herba dan diet makanan sihat serta cara hidup yang aktif dan sihat.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser paru-paru. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izin-Nya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser paru-paru berdasarkan Teknologi Fitrah.

RUJUKAN

1. Andersson E, Nilsson T, Persson B, Wingren G, Torén K. Mortality from asthma and cancer among sulfite mill workers. Scandinavian journal of work, environment & health. 1998 Feb 1:12-7.
2. Brown DW, Young KE, Anda RF, Giles WH. Asthma and risk of death from lung cancer: NHANES II Mortality Study. Journal of Asthma. 2005 Jan 1;42(7):597-600.
3. Denholm R, Crellin E, Arvind A, Quint J. Asthma and lung cancer, after accounting for co-occurring respiratory diseases and allergic conditions: a systematic review protocol. BMJ open. 2017 Jan 1;7(1):e013637.
4. Engels EA. Inflammation in the development of lung cancer: epidemiological evidence. Expert review of anticancer therapy. 2008 Apr 1;8(4):605-15.
5. Ford RM. Primary lung cancer and asthma. Annals of allergy. 1978 Apr;40(4):240-2.
6. Malhotra J, Malvezzi M, Negri E, La Vecchia C, Boffetta P. Risk factors for lung cancer worldwide. European Respiratory Journal. 2016 Sep 1;48(3):889-902.
7. Pirie K, Peto R, Green J, Reeves GK, Beral V, Million Women Study Collaborators. Lung cancer in never smokers in the UK Million Women Study. International journal of cancer. 2016 Jul 15;139(2):347-54.Qu YL, Liu J, Zhang LX, Wu CM, Chu AJ, Wen BL, Ma C, Yan XY, Zhang X, Wang DM, Lv X. Asthma and the risk of lung cancer: a meta-analysis. Oncotarget. 2017 Feb 14;8(7):11614.
8. Qu YL, Liu J, Zhang LX, Wu CM, Chu AJ, Wen BL, Ma C, Yan XY, Zhang X, Wang DM, Lv X. Asthma and the risk of lung cancer: a meta-analysis. Oncotarget. 2017 Feb 14;8(7):11614.
9. Reynolds P, Kaplan GA. Asthma and cancer. American journal of epidemiology. 1987 Mar 1;125(3):539-40.
10. Rosenberger A, Bickeböller H, McCormack V, Brenner DR, Duell EJ, Tjønneland A, Friis S, Muscat JE, Yang P, Wichmann HE, Heinrich J. Asthma and lung cancer risk: a systematic investigation by the International Lung Cancer Consortium. Carcinogenesis. 2011 Dec 22;33(3):587-97.
11. Wood LG, Shivappa N, Berthon BS, Gibson PG, Hebert JR. Dietary inflammatory index is related to asthma risk, lung function and systemic inflammation in asthma. Clinical & Experimental Allergy. 2015 Jan;45(1):177-83.
12. Wu AH, Fontham ET, Reynolds P, Greenberg RS, Buffler P, Liff J, Boyd P, Henderson BE, Correa P. Previous lung disease and risk of lung cancer among lifetime nonsmoking women in the United States. American journal of epidemiology. 1995 Jun 1;141(11):1023-32.

Kongsi