Artikel : 

Bagaimana cara mengelakkan terkena angin gastrik ?

oleh Hakeema Rozainah

Angin gastrik memberi rasa ketidakselesaan dan kepedihan pada perut. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku kita digalakkan makan secara sedikit untuk mengurangkan tekanan pada perut dan secara tidak langsung mengelakkan asid perut dirembeskan secara berlebihan. Jangan bertangguh untuk makan kerana refluks asid dan loya akan berlaku jika perut terlalu kosong. Selain itu, makanan pedas juga perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan sakit dan kepedihan perut sebagaimana kulit berasa panas dan pedih kesan daripada cili. Ini adalah kerana kandungan capsaicin komponen aktif dalam cili boleh mengganggu lapisan perut atau usus. Bagi seseorang yang mempunyai perut yang sensitif, cili akan memberi kesan cirit-birit tidak seperti orang lain. Minuman bergas pula menambah asid dalam perut dan meningkatkan rembesan asid perut. Manakala, merokok boleh melemahkan otot pencerut dan membenarkan asid perut keluar memasuki esofagus.

Longgokan toksin beracun yang terhasil daripada tabiat makan dan minum yang tidak sihat, amalan merokok menyebabkan sistem enjin jasad tidak dapat berfungsi secara fitrah khususnya esofagus dan perut. Angin gastrik yang dialami menandakan perut tidak lagi berada dalam keadaan fitrahnya yang asal. 

Allah Yang Maha Pemberi Kurnia (Al-Wahhab) sentiasa memberi nikmat kepada manusia tanpa meminta sebarang balasan. Namun gaya hidup manusia itu sendiri yang tidak mematuhi fitrah telah menjadi mudarat kepada manusia. Kembalilah kepada gaya hidup fitrah dengan makan secara teratur, makan makanan yang berkhasiat dan yang tidak membahayakan, elakkan dari merokok dan meminum minuman beralkohol dan sebagainya agar jasad kembali hidup secara fitrah.

Namun harus diingat bahawa angin gastrik atau pedih ulu hati juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body, sila rujuk coach mengenai simptom angin gastrik atau pedih ulu hati yang dialami.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas