Secara fitrahnya, hati berfungsi menjalankan 500 fungsi penting termasuklah merembeskan cecair hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu. Cecair hempedu mengandungi kolesterol, fosfolipid, asid hempedu, bilirubin (sel darah merah dan produknya), air, garam mineral (kalium dan natrium) dan logam berat. Sekiranya salah satu dari komponen ini berlebihan, ia boleh menyebabkan ketidakstabilan cecair hempedu.
Amalan gaya hidup yang tidak mengikut fitrah menyumbang kepada peningkatan komponen dalam cecair hempedu contohnya seperti bilirubin. Longgokan toksin beracun dalam jangkitan kuman dan virus, asap rokok, logam berat, ubat-ubatan kimia sintetik, makanan bergoreng, kolesterol jahat dan minuman beralkohol akan tersumbat pada sel hati sehingga menyebabkan kerosakan genetik, pembentukan sel kanser dan seterusnya mencetuskan penyakit berbahaya seperti sirosis (cirrhosis) dan kanser hati. Ini menyebabkan hati gagal berfungsi secara fitrah sehingga meningkatkan penghasilan bilirubin dan menyebabkan ketidakstabilan cecair hempedu. Lama kelamaan cecair ini akan membentuk longgokan batu hempedu.
Allah Yang Maha Diperlukan (Al-Samad) sering diperlukan oleh setiap makhlukNya. Allah SWT lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh jasad itu daripada jasad itu sendiri. Setiap sel pada hati dan hempedu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun kerana manusia itu sendiri yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.
Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).
Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut