Artikel : 

Bagaimana jantung berfungsi ?

oleh Hakeema Rozainah

Allah Yang Maha Hebat (Al-Mutakabbir) telah menjadikan jantung organ yang kuat untuk mengepam darah beroksigen serta nutrien ke seluruh sistem enjin jasad melalui sistem peredaran darah. 

Bagaimanakah jantung mengepam darah?

Jantung terdiri daripada dua sistem pam yang berbeza iaitu bahagian kanan dan kiri.

  • Bahagian kanan jantung menerima darah yang kurang oksigen daripada salur darah dan mengepam darah ke paru-paru untuk menukarkan gas karbon dioksida (CO2) kepada gas oksigen (O2).
  • Bahagian kiri jantung menerima darah yang kaya dengan gas oksigen daripada paru-paru dan mengepam melalui arteri ke seluruh sistem enjin jasad.

Bagaimanakah darah mengalir melalui jantung?

Darah mengalir melalui jantung dan paru-paru melalui 4 langkah:

  1. Atrium kanan menerima darah yang kurang gas oksigen daripada jasad dan mengepam darah ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid.
  2. Ventrikel kanan mengepam darah yang kurang gas oksigen ke paru-paru melalui injap pulmonari.
  3. Atrium kiri menerima darah yang kaya dengan gas oksigen daripada paru-paru dan mengepamnya ke ventrikel kiri melalui injap mitral.
  4. Ventrikel kiri mengepam darah yang kaya dengan gas oksigen melalui injap aorta ke seluruh sistem enjin jasad.

Bagaimanakah jantung mengekalkan fungsi fitrahnya?

Untuk memastikan jantung mengepam darah beroksigen serta mengandungi nutrien yang mencukupi ke seluruh sistem enjin jasad, ia perlu:

  • Mengawal masa degupan jantung. 

Secara fitrahnya, sistem elektrikal ini memastikan jantung berdegup dalam ritma biasa dan menyesuaikan kadar degupannya. Sekiranya terdapat gangguan pada sistem elektrikal ini, ia boleh mengakibatkan aritmia, takikardia dan bradikardia.

  • Menjaga kesihatan otot jantung. 

Jantung terdiri daripada otot miokardium yang mengendur untuk memenuhkan darah dan mengecut apabila mengepamkan darah. Proses pengenduran dan pengecutan otot ini sangat penting agar bekalan darah sentiasa mencukupi dalam sistem enjin jasad manusia. Masalah pengecutan otot jantung boleh berpunca daripada jangktan virus pada otot itu sendiri atau iskemia, iaitu aliran darah yang rendah ke otot jantung. Otot jantung juga memerlukan bekalan darah dan nutriennya sendiri agar jantung boleh mengepam darah yang kaya dengan gas oksigen ke ototnya sendiri melalui arteri koronari.

  • Memastikan darah mengalir dengan cekap. 

Jantung mempunyai empat injap antara atrium dan ventrikel yang mengawal aliran masuk dan keluar darah daripada ruang jantung. Secara fitrahnya, injap dicipta untuk memastikan darah mengalir pada satu arah sahaja. Apabila setiap ruang jantung mengecut, injap akan terbuka untuk membenarkan darah mengalir keluar. Apabila ruang jantung mengendur, injap akan tertutup untuk mengelakkan darah daripada berpatah balik ke ruangan tersebut. Sekiranya injap jantung bermasalah, ia boleh mengganggu aliran darah dan mencetuskan masalah kepada jantung. Sesungguhnya rekaan jantung kita begitu sempurna, walaupun di dalam organ yang sama, darah yang berbeza tidak akan bercampur. Inilah bukti kehebatan jantung rekaan Allah Yang Maha Bijaksana (Al-Hakim).

  • Mengawal emosi dengan baik

Jantung mempunyai kira-kira 40,000 neuron dalam sistem saraf intrinsik yang tersendiri berfungsi sama seperti neuron dalam otak. Jantung menghantar lebih banyak isyarat ke otak untuk penghasilan hormon berbanding dari otak menghantar isyarat ke jantung jika berlaku perubahan pada emosi. Apabila emosi tidak stabil, roh akan mudah sakit sehingga mengakibatkan tenaga hayat tidak dapat dilahirkan dengan lancar ke seluruh sistem enjin jasad. 

  • Melakukan Pernafasan Fitrah dengan kerap

Pernafasan yang betul dapat membekalkan gas oksigen secara optimum untuk sistem enjin jasad berfungsi dengan efisien. Amalan Pernafasan Fitrah membantu menstabilkan denyutan jantung dan berkesan mengurangkan tekanan serta kemurungan. Gas oksigen yang mencukupi penting untuk penjanaan tenaga hayat dalam jasad oleh roh. Allah Yang Maha Menghidupkan (Al-Muhyi) telah menghidupkan setiap sel dalam sistem enjin jasad dengan masuknya roh di bahagian kiri jantung yang terdapat pengaliran darah beroksigen. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

 

  • How the Heart Works. Diperoleh pada 2 Februari 2021 daripada: https://www.uofmhealth.org/health-library/tx4097abc 
  • Philippot P, Chapelle G, Blairy S. Respiratory feedback in the generation of emotion. Cognition & Emotion. 2002 Aug 1;16(5):605-27.
  • Cappo BM, Holmes DS. The utility of prolonged respiratory exhalation for reducing
  • physiological and psychological arousal in non-threatening and threatening situations. Journal of Psychosomatic Research. 1984 Jan 1;28(4):265-73.
  • Barnhofer T, Chittka T, Nightingale H, Visser C, Crane C. State effects of two forms of meditation on prefrontal EEG asymmetry in previously depressed individuals. Mindfulness. 2010 Mar 1;1(1):21-7.
  • Alshami, A. M. (2019). Pain: Is It All in the Brain or the Heart? Current pain and headache reports, 23(12), 1-4.
  • Hamzah Yusuf. Purification of the heart. USA: Starlatch Press, 2004, p. 4.
  • Ibn al-Qayyim. (t.th). al-rūḥ fī al-kalām ‘alā arwāḥ al-mawtā wa al-aḥyā’. Beirut: Dar alKutub al- ‘Islamiyah
  • Gulam, H. (2019). THE INTERTWINED RELATIONSHIP BETWEEN THE NAFS (CARNAL SOUL), AQL (REASONING) QALB (HEART). Jurnal Ilmiah Islam Futura, 17(2), 200-213.
  • Bakhtiar, L. (1999). The Canon of Medicine. Avicenna Adapted by Laleh Bakhtiar.
  • Gulam, H. (2019). THE INTERTWINED RELATIONSHIP BETWEEN THE NAFS (CARNAL SOUL), AQL (REASONING) QALB (HEART). Jurnal Ilmiah Islam Futura, 17(2), 200-213.
Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas