Artikel : 

Bagaimana saya tahu saya mempunyai cyst dan bukan fibroid ?

oleh Hakeema Rozainah

Cyst merupakan ketumbuhan pada ovari yang lazimnya mengandungi cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak ataupun lendir dalam badan wanita. Fibroid pula merupakan ketulan tisu padat yang biasanya disertakan dengan simptom masalah haid dan kesakitan semasa melakukan hubungan intim.

Pembentukan cyst terjadi ketika proses ovulasi iaitu pada masa sel telur dikeluarkan daripada ovari. Kebanyakkan wanita tidak sedar mempunyai cyst dan ada yang berkembang menjadi masalah lain kerana tidak dirawat dari awal. Rawatan awal cyst boleh mengelakkan jangkitan bisul dalaman yang disebabkan oleh bakteria dan nanah. Jika bisul ini pecah, maka ia boleh menyebabkan masalah keracunan darah (septisemia) yang biasanya disertai dengan simptom demam, denyutan jantung laju (takikardia) dan ruam kulit. 

Selain di ovari, cyst juga juga boleh terbentuk pada organ jasad yang lain. Contohnya adalah: 

  • Cyst araknoid pada selaput otak.
  • Cyst Bartholin pada kelenjar di faraj.
  • Cyst payudara.
  • Cyst hydatid dihati yang disebabkan oleh cacing pita.
  • Penyakit pilonidal pada kulit yang mengandungi bulu terbantut.
  • Cyst sebum pada kelenjar minyak di kulit.

Allah Yang Maha Terpuji (Al-Hamid) sentiasa menciptakan sesuatu dengan baik dan terpuji termasuklah rahim wanita itu sendiri. Setiap sel di dalam rahim sentiasa melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT.  Namun sebaliknya akan terjadi apabila terdapat halangan dalam bentuk longgokan toksin lalu menyebabkan berlakunya cyst dan sebagainya.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik. Rawatan Overhaul Body™ yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness dapat menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan keseimbangan jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah.

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Scroll to Top