Artikel : 

Bagaimana saya tahu saya mempunyai masalah fibroid ?

oleh Hakeema Rozainah

Fibroid juga dikenali dengan nama lain iaitu leiomyoma atau myoma. Fibroid terbentuk daripada ketulan tisu padat dan tidak seperti cyst yang mengandungi cecair di dalamnya. Fibroid mempunyai lebihan reseptor estrogen dan progesteron jika dibandingkan dengan sel otot rahim yang normal. Dua hormon ini menggalakkan pembentukan lapisan rahim untuk menebal sebagai proses persediaan penempelan zigot. Punca pembentukan fibroid masih belum jelas, namun ia dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh longgokan toksin. Simptom fibroid yang boleh dikenal pasti termasuklah:

  • Pendarahan haid berlebihan (menoragia).
  • Senggugut kronik.
  • Sakit perut.
  • Sakit belakang.
  • Kerap terkencing.
  • Sembelit.
  • Anemia.
  • Sakit ketika melakukan hubungan intim (dispareunia).

Longgokan toksin yang terhasil daripada gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, pengambilan suplemen, penggunaan alat kosmetik boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita. Proses menstruasi melibatkan naik turun hormon tertentu mengikut fasa tertentu. Secara fitrahnya, darah kotor yang bertoksin akan dikeluarkan daripada sistem enjin jasad dalam bentuk darah, lendir dan sel-sel rosak semasa menstrasi. Gangguan keseimbangan hormon disebabkan longgokan toksin beracun boleh merangsang pertumbuhan fibroid kerana lebihan rembesan hormon estrogen dan progesteron. 

Allah Yang Maha Melindungi (Al-Waliy) sentiasa melindungi hambaNya agar sentiasa sihat dan selamat. Kehebatan Allah SWT dalam mencipta rahim sebagai tempat lahirnya zuriat adalah begitu menakjubkan. Allah SWT menjadikan proses menstruasi berlaku pada setiap bulan khas kepada wanita agar pembuangan longgokan toksin beracun dalam jasad dapat dilakukan.   

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik. Rawatan Overhaul Body™ yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness dapat menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan keseimbangan jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

error: Content is protected !!
Scroll to Top