Artikel : 

Bagaimana strok boleh berlaku ?

oleh Hakeema Rozainah

Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak terjejas, menghalang tisu otak daripada mendapatkan oksigen dan nutrien lalu mematikan sel otak. Individu yang cenderung untuk mengalami darah beku tersumbat yang dikenali sebagai trombosis adalah individu yang mempunyai berat berlebihan, perokok, wanita mengandung, individu yang kurang bergerak, dan individu yang pernah mengalami trombosis.

Salur darah yang tersumbat disebabkan oleh darah yang mudah membeku kerana longgokan toksin beracun dalam bentuk asap rokok, logam berat, ubat-ubatan kimia sintetik, makanan bergoreng, kolesterol jahat dan minuman beralkohol.

Antara simptom strok adalah:

  • Kebas secara tiba-tiba
  • Kekeliruan
  • Masalah penglihatan
  • Masalah berjalan
  • Sakit kepala yang teruk

Apabila strok berlaku, perjalanan darah ke otak akan tersekat dan mengakibatkan sel-sel otak rosak atau mati. Kerosakan pada sel-sel otak menyebabkan saraf sukar untuk berhubung dengan otot bagi mengawal aktiviti pergerakan dan sebagainya sehingga menjejaskan pemikiran dan penglihatan. Sakit kepala yang teruk adalah disebabkan darah yang tersumbat atau salur darah yang pecah pada bahagian kepala atau otak.

Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk (Al-Hadi) sentiasa memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mencegah sebarang penyakit seperti strok dalam apa juga bentuk agar manusia akan lebih berhati-hati dan mampu mendapatkan rawatan awal. Rawatan awal amat perlu kerana seseorang yang mengalami strok akan menyebabkan gangguan atau kerosakan pembuluh otak secara mendadak dan otak tidak mendapat darah beroksigen yang diperlukan. Lama- kelamaan sel otak boleh menjadi mati. Penyakit strok juga biasanya terjadi akibat penyumbatan pembuluh darah oleh plak maupun lemak darah dan akibat tekanan darah yang terlalu tinggi. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah seperti mengambil makanan berkolesterol, minuman beralkohol, pola makan tidak teratur, stres dan lain-lain telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung