Artikel : 

Bagaimanakah perut dan sistem gastrousus berfungsi ?

oleh Hakeema Rozainah

Sistem gastrousus bermula daripada mulut hingga ke dubur. Ia terdiri daripada mulut, rongga mulut, farinks, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan dubur. Proses pencernaan bermula daripada mulut apabila makanan mula dipecahkan kepada bahagian kecil sebagai persediaan untuk enzim bertindak. Air liur mengandungi enzim amilase sebagai permulaan pemecahan karbohidrat kepada maltosa. Makanan akan memasuki tekak, esofagus, perut dan usus.

Perut adalah organ yang berdinding tebal dan mempunyai lapisan epitelium yang mengandungi kalenjar gastrik yang merembeskan cecair gastrik terdiri daripada mukus, asid hidroklorik dan enzim. Makanan disimpan dalam perut dalam beberapa jam dalam bentuk yang dipanggil pejal berair (chyme). Hasil dari proses pencernaan daripada perut akan melalui usus kecil dengan disertai rembesan daripada hempedu dan pankreas. Hati merembeskan cecair hempedu yang bersifat alkali dan berwarna kuning kehijauan manakala pankreas pula merembeskan cecair pankreas yang mengandungi enzim seperti amilase, tripsin dan lipase untuk mencernakan karbohidrat, protein dan lemak. Setelah proses penyerapan nutrien dalam usus kecil, proses diteruskan dengan pembentukan dan pembuangan najis. Najis yang dimaksudkan adalah termasuk campuran air, makanan tidak boleh dicerna seperti serat, bakteria dan sel-sel mati. Usus besar adalah dimana penyerapan semula air dan mineral berlaku. Setelah beberapa jam najis berada dalam usus besar, najis akan bergerak ke rektum sebagai tempat penyimpanan sementara. Apabila najis telah dikumpulkan, tekanan pada rektum akan meningkat lalu mencetus rasa untuk membuang air besar. Penyingkiran najis daripada jasad dinamakan sebagai proses penyahtinjaan. 

Allah Yang Maha Memerintah (Al-Wali) telah mengawal seluruh makhluk ciptaanNya termasuk setiap sel dalam organ perut dan system gastrousus agar sentiasa melaksanakan perintah (programming) Allah SWT menurut Teknologi Fitrah. Sel yang sehalus-halusnya itu tidak akan ingkar arahan Allah SWT untuk berfungsi secara fitrah melainkan apabila ia terhalang akibat perbuatan manusia itu sendiri. Perut sering dikatakan sebagai punca segala penyakit. Hanya dari tangan manusia itu sendiri makanan itu dipilih untuk memasuki jasad manusia itu. Pilihlah makanan yang baik, segar dan berkhasiat rezeki kurniaan Allah SWT agar sistem jasad dapat berfungsi secara fitrah dan efisien. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas