Cegah Penyakit CORETAN

CAKNA DAN BENDUNG KANSER PAYUDARA

Kanser payudara merupakan punca kematian yang paling kerap berlaku pada wanita seluruh dunia. Menurut kajian, 5% wanita Malaysia dikatakan berisiko untuk mendapat kanser payudara sepanjang  hayat mereka. Lebih menakutkan lagi, angka kematian penghidap kanser payudara ini sentiasa meningkat setiap tahun. Antara sebab meningkatnya kematian ini adalah kerana kurangnya kesedaran di kalangan wanita. Namun, angka ini mampu menurun jika anda seorang yang bijak memilih untuk mencegah penyakit ini dari awal. Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk mencegah kanser payudara adalah:

Pertama: Melakukan pemeriksaan kesihatan payudara anda secara rutin.

Di Malaysia, terdapat 3 kaedah pemeriksaan yang telah disarankan di Malaysia iaitu:

  1. Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
    • Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada setiap bulan pada hari ke-7 hingga ke-10 dari hari pertama haid. Namun, jika anda sudah menopaus, tetapkan tarikh yang khusus untuk memeriksanya.

    • Masa yang terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah semasa atau selepas mandi.

    • Boleh dilakukan sambil berdiri, berbaring atau duduk di depan cermin bagi memudahkan anda untuk melihat kelainan pada payudara.

    • Mula-mula, lihat jika ada sebarang perubahan pada payudara. Kemudian, rasa untuk mengesan sebarang benjolan pada payudara. Dan sekiranya terdapan sebarang perubahan dan kelainan, hendaklah respon dengan melaporkan sebarang perubahan yang berlaku di klinik berhampiran.

  2. Pemeriksaan Klinikal Payudara (PKP)
  3. Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh anggota kesihatan yang terlatih untuk mengesan sebarang kelainan pada payudara. Pemeriksaan klinikal ini hendaklah dilakukan setiap 3 tahun bagi wanita yang berumur 20 hingga 39 tahun dan setiap tahun bagi yang berumur 40 tahun ke atas dan yang berisisko tinggi tanpa mengira umur. Pemeriksaan boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan, klinik LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), klinik FPA (Persatuan Perancang Keluarga) dan klinik swasta.

  4. Pengimejan Mammogram
  5. Mammogram adalah suatu pemeriksaan saringan sinar-X yang dilakukan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juru X-ray wanita yang mengambil masa selama 10-30 minit sahaja. Payudara anda akan diletakkan dia antara 2 plat yang terdapat pada mesin untuk dilakukan sinaran x-ray. Sebanyak 2 keping filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan. Pemeriksaan ini selamat kerana radiasinya adalah di tahap yang sangat rendah. Elakkan dari memakai minyak wang, deodoran, bedak atau krim pada bahagian dada dan ketiak pada hari pemeriksaan. Lakukan pemeriksaan selepas haid kerana ketika itu payudara kurang sensitif. Elakkan minuman yang berkafein seperti teh, kopi, air bikarbonat dan coklat selama seminggu atau dua minggu sebelum hari temujanji. Ini adalah kerana kafein boleh menyebabkan payudara terasa sakit.

Kedua: Mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Akhir-akhir ini kita pasti dapat melihat setiap pagi pasti akan ada orang berjoging, menaiki basikal mahupun mendaki bukit. Rakyat Malaysia semakin mendapat kesedaran bahawa pentingnya gaya hidup yang sihat bagi megurangkan sebarang risiko penyakit. Menurut kajian saintis Friedrich dan Orenstein, dikatakan 30 hingga 40% risiko kanser payudara mampu dikurangkan jika aktiviti fizikal yang sederhana ke tinggi dilakukan selama 3 hingga 4 jam dalam seminggu. Anda juga boleh mengamalkan aktiviti aerobik seperti berjalan pantas selama 3 hingga 4 jam setiap minggu untuk mengurangkan risiko kanser payudara

Ketiga: Mengatasi ketidakseimbangan hormon

Kanser payudara sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon. Namun, masalah hormon ini dapat diatasi dengan mengamalkan penjagaan makanan dengan baik. Berikut merupakan beberapa amalan pemakanan yang disarankan bagi mengurangkan risiko kanser payudara:

  • Pengambilan susu, buah-buahan dan sayuran seperti labu, oren, lobak merah dan sayuran berdaun hijau di dalam diet harian

  • Makanan yang mengandungi soya organik seperti tauhu dan susu soya. Ini adalah kerana kandungan isoflavones yang tinggi di dalam soya bertindak sebagai fitoestrogen yang mampu mencegah kanser terutamanya sebelum menopaus.

  • Pengambilan lemak ikan iaitu Omega-3 asid juga terbukti mampu melindungi dan melambatkan penyebaran hormon sel-sel tumor. Lemak omega-3 sid ini juga boleh didapati di dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna segar, herring dan ikan kembung.

Keempat: Mengawal berat badan.

Adalah sangat penting untuk mengawal berat badan kerana menurut kajian, obesiti dan berat badan yang berlebihan dapat meninggikan risiko kanser payudara.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Untuk menjadi manusia yang sihat kita hendaklah menjauhi perkara yang memudaratkan dan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Langkah pencegahan seeloknya diambil awal sebagai ikhtiar kita sebelum kita terlewat dan menyesal di kemudian hari. Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser payudara. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izinNya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser payudara berdasarkan teknologi fitrah.

RUJUKAN

  • Dahlui, M., Ramli, S., & Bulgiba, A. M. (2011). Breast Cancer Prevention and Control Programs in Malaysia, 12, 1–4.
  • Friedenreich, C. M., & Orenstein, M. R. (2002). Physical Activity and Cancer Prevention : Etiologic Evidence and Biological Mechanisms. American Society for Nutritional Sciences, (May), 3456–3464
  • Kementerian Kesihatan Malaysia daripada https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/kadar-kematian-akibat-kanser-payudara-di-malaysia-merupakan-penyebab-kematian-pr/10155596859701237/
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara daripada http://mamogram.lppkn.gov.my/SolanLazim/SolanLazim.aspx#pemeriksaansendiripayudara
  • Linos, E., Willett, W. C., Cho, E., & Frazier, L. (2010). Adolescent Diet in Relation to Breast Cancer Risk among Premenopausal Women, 689–697.
  • Linseisen, J., Piller, R., Hermann, S., & Chang-Claude, J. (2004). Dietary Phytoestrogen Intake And Premenopausal Breast Cancer Risk In A German Case-Control Study. International Journal of Cancer, 110(December 2003), 284–290..
  • Nindrea, R. D., Aryandono, T., Lazuardi, L., & Dwiprahasto, I. (2019). Protective Effect of Omega-3 Fatty Acids in Fish Consumption Against Breast Cancer in Asian Patients: A Meta-Analysis. Asian Pacific journal of cancer prevention: APJCP, 20(2), 327–332. https://doi.org/10.31557/APJCP.2019.20.2.327
  • Shu, X. O., Jin, F., Dai, Q., Wen, W., Potter, J. D., Kushi, L. H., Zheng, W. (2001). Soyfood Intake during Adolescence and Subsequent Risk of Breast Cancer among Chinese Women. Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention, 10(May), 483–488.
Kongsi