#asma CORETAN

DARI BAHAN DAPUR MENJADI PENAWAR ASMA

Penyakit asma telah wujud sejak dari zaman dahulu lagi. Sejak turun temurun pelbagai petua untuk merawat asma dicipta oleh nenek moyang kita bersumberkan bahan-bahan yang mudah didapati dari sekeliling terutamanya dari bahan masakan. Antara petua yang masih wujud kini adalah madu, bawang putih, kopi, telur puyuh dan lemon. Namun, tidak kurang juga terdapat petua-petua yang pelik seperti memakan anak tikus, hati unta atau meminum air rebusan kumbang Mekah.  Perubatan herba bukanlah perubatan asing bagi kita malah hampir 60% ubat yang ada di pasaran berasal dari sumber semula jadi dari tumbuh-tumbuhan herba. Berikut adalah senarai bahan makanan dari dapur yang mampu menjadi penawar kepada penyakit asma:

  1. Kayu manis (Cinnamomum cassia)
    Kayu manis mampu merangsang pengeluaran cecair, kahak, mukus keluar melalui mulut. Ia juga mengandungi bahan antiademik iaitu menghalang pengumpulan cecair yang dapat mengelakkan pengentalan mukus dalam laluan pernafasan.
  2. Kunyit (Curcuma longa)
    Kunyit pula yang kaya dengan kandungan bioaktifnya iaitu curcumin. Kajian preklinikal menunjukkan ia bersifat antiradang dan antiasma. Kunyit disahkan selamat dalam percubaan klinikal dan berperanan penting dalam merencat perantara yang menyebabkan keradangan dalam mekanisme penyakit asma.
  3. Teh (Camellia sinensis)
    Kajian menunjukkan bahawa teh mengandungi saponin iaitu bahan aktif yang bersifat antiradang dan dapat menghalang pembebasan histamin yang menyebabkan keradangan.
  4. Cendawan lingzhi (Ganoderma lucidum)
    Amalan pengambilan cendawan lingzhi (Ganoderma lucidum) dapat merawat penyakit berkaitan alergik termasuklah asma. Malah cendawan lingzhi dikatakan dapat memperbaiki sistem imun tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan.
  5. Pokok mulberi (Morus alba)
    Pokok mulberi lazimnya ditanam dihalaman rumah sebagai hiasan dekorasi atau pagar semula jadi juga berfaedah untuk pesakit asma. Kulit akar pokok pokok mulberi bersifat antiasma dan sedatif iaitu melegakan serta boleh digunakan sebagai minuman untuk merawat asma, batuk dan bronkitis.
  6. Habbatus sauda’ (Nigella sativa)
    Makanan sunnah seperti habbatus sauda’ atau dikenali sebagai jintan hitam juga tidak kurang hebatnya. Habbatus sauda’ bersifat antispasmodik dan berpotensi tinggi digunakan untuk merawat asma.
  7. Daun selasih (Oscimum sanctum)
    Ekstrak daun selasih juga bersifat antiasma dan mampu menentang histamin yang menyebabkan keradangan dalam kajian model preklinikal.
  8. Bunga lawang (Pimpinella anisum)
    Bunga lawang juga bermanfaat bagi pesakit asma. Bunga lawang bersifat melegakan dan bermanfaat untuk tiub bronkial, bronkitis dan asma spasmodik.
  9. Asam jawa (Tamarindus indica)
    Kajian menunjukkan asam jawa bersifat antiradang dan mampu melegakan keradangan di paru-paru dengan cepat.
  10. Halia (Zingiber officinale)
    Sifat alergi halia (Zingiber officinale) pula dapat merawat alergi pada saluran pernafasan dan bagus untuk pesakit asma.

Maka jelaslah di sini bahawa bahan di dapur juga berpotensi tinggi digunakan untuk merawat asma. Apa yang lebih penting lagi adalah, bahan-bahan ini bersifat semula jadi, tidak mengandungi kesan sampingan dan mampu merawat penyakit asma secara berkesan. Ubah gaya hidup kita sekarang dan beralih kepada perubatan yang lebih selamat dan berkesan.  Usah sesekali pandang rendah pada kehebatan bahan dapur ini, kerana di sinilah resepi kesihatan sesebuah keluarga bermula.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit asma dan kanser paru-paru. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izin-Nya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser paru-paru berdasarkan Teknologi Fitrah. Selain itu, kami juga mengamalkan rawatan secara semula jadi berasaskan madu, bawang putih, kunyit dan sebagainya.

RUJUKAN

1. Fu JX. Measurement of MEFV in 66 cases of asthma in the convalescent stage and after treatment with Chinese herbs. Zhong xi yi jie he za zhi= Chinese journal of modern developments in traditional medicine. 1989 Nov;9(11):658-9.
2. Graham DM, Blaiss MS. Complementary/alternative medicine in the treatment of asthma. Annals of Allergy, Asthma & Immunology. 2000 Dec 1;85(6):438-49.
3. Kale RN, Patil RN, Patil RY. Asthma and herbal drugs. Pathophysiology. 2010;20:4.
4. Karaman M, Ayyıldız ZA, Fırıncı F, Kiray M, Bağrıyanık A, Yilmaz O, Uzuner N, Karaman Ö. Effects of curcumin on lung histopathology and fungal burden in a mouse model of chronic asthma and oropharyngeal candidiasis. Archives of medical research. 2011 Feb 1;42(2):79-87.
5. Norhaya Mohd Razali (2004), Jenis-jenis Ubat bagi Rawatan Asma. http://www.myhealth.gov.my/jenis-jenis-ubat-bagi-rawatan-asma/
6. Prasad R, Lawania RD, Gupta R. Role of herbs in the management of asthma. Pharmacognosy Reviews. 2009 Jul 1;3(6):247.
7. Rouhi H, Ganji F, Nasri H. Effects of Ginger on the improvement of asthma [the evaluation of Its treatmental effects]. Pak J Nutr. 2006;5(4):373-6.
8. Shakeri F, Soukhtanloo M, Boskabady MH. The effect of hydro-ethanolic extract of Curcuma longa rhizome and curcumin on total and differential WBC and serum oxidant, antioxidant biomarkers in rat model of asthma. Iranian journal of basic medical sciences. 2017 Feb;20(2):155.
9. Ziment I, Tashkin DP. Alternative medicine for allergy and asthma. Journal of allergy and clinical immunology. 2000 Oct 1;106(4):603-14.

Kongsi