#paruparu CORETAN

DIET POLIFENOL PENAWAR KANSER PARU-PARU

Apa itu polifenol? Polifenol merupakan mikronutrien yang diperolehi daripada makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Polifenol diperkaya dengan ciri-ciri antioksidan dan pelbagai manfaat kesihatan lain. Polifenol sangat penting bagi menyelesaikan masalah penghadaman, kesukaran pengawalan berat badan, diabetes, penyakit neurodegenerative dan penyakit berkaitan jantung, serta untuk mencegah dan merawat kanser termasuklah kanser paru-paru.

Kanser paru-paru merupakan penyakit yang melibatkan siri proses perubahan genetik dan epigenetik yang disebabkan oleh pendedahan yang terlalu kerap terhadap bahan toksin karsinogen seperti asap rokok, radon domestik, pembakaran arang batu, asap ekzos kenderaan dan udara yang tercemar dengan racun semburan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (World Health Organisation, WHO), telah melaporkan bahawa dianggarkan satu pertiga daripada insiden kanser global boleh dicegah menerusi pengubahsuaian diet dan cara hidup.

Pengubahsuaian cara hidup ini merangkumi penghapusan faktor risiko seperti tabiat merokok dan persekitaran yang mempunyai udara tercemar. Manakala diet yang sihat seperti pengambilan sayuran dan buah-buahan segar dapat melindungi dan merendahkan risiko seseorang daripada mendapat kanser paru. Kajian juga telah mendapati bahawa kesan perlindungan oleh sayur-sayuran dan buah-buahan segar adalah disebabkan oleh kandungan polifenolnya yang tinggi. Polifenol yang terdapat dalam sumber makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko kebanyakkan jenis kanser.

Polifenol merupakan kumpulan besar yang mengandungi lebih daripada 40,000 metabolit sekunder yang memberikan mekanisme pertahanan kimia terhadap serangan patogen dan persekitaran. Kebanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijadikan makanan seharian mengandungi polifenol seperti asid fenolik, cucurmoid, flavonoid, stilbena dan lignan. Sehingga kini, terdapat pelbagai jenis polifenol yang telah dikenalpasti dan mengandungi sekurang-kurangnya satu gelang aromatik dengan satu atau lebih kumpulan hidroksil. Kumpulan hidroksi yang ada dalam polifenol (gelang fenol) mempunyai kemampuan untuk mendermakan molekul hidrogen kepada radikal bebas dan menukarkan radikal bebas kepada molekul kimia yang kurang reaktif. Hasilnya, kerosakan oksidatif lipid, protein, asid nukleik dapat dielakkan hasil kesan daripada pengurangan pengumpulan radikal bebas dan oksida spesies dalam sistem biologi. Ini mampu mengurangkan risiko daripada dihidapi sakit kanser paru-paru.

Beberapa kajian yang telah dijalankan berjaya menunjukkan bahawa pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar mampu memberikan perlindungan daripada kanser paru-paru. Kandungan quersetin yang terdapat dalam bawang dan epal juga menunjukkan pengurangan kepada risiko kanser paru-paru. Kajian juga membuktikan orang yang pengambilan dietnya kurang kandungan flavonoid adalah lebih terdedah kepada risiko kanser paru-paru. Dengan mensasarkan faedah polifenol daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, pendekatan rawatan kanser paru-paru juga mengalami paradigma di mana diet harian dilihat mampu menjadi mekanisme perlindungan kepada masyarakat daripada kanser paru-paru. Namun ini tidak bermakna anda boleh terhindar daripada kanser paru-paru dengan hanya bergantung kepada pengambilan polifenol sayur-sayuran dan buah-buahan jika masih mengamalkan tabiat merokok atau terdedah kepada asap rokok. Ini adalah kerana rokok dan asap rokok itu merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada 90% insiden kanser paru-paru.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit asma dan kanser paru-paru. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izin-Nya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser paru-paru berdasarkan Teknologi Fitrah.

RUJUKAN

1. Anic GM, Park Y, Subar AF, Schap TE, Reedy J. Index-based dietary patterns and risk of lung cancer in the NIH–AARP diet and health study. European journal of clinical nutrition. 2016 Jan;70(1):123.
2. Cassileth BR, Deng GE, Gomez JE, Johnstone PA, Kumar N, Vickers AJ. Complementary therapies and integrative oncology in lung cancer: ACCP evidence-based clinical practice guidelines. Chest. 2007 Sep 1;132(3):340S-54S.
3. Feskanich D, Ziegler RG, Michaud DS, Giovannucci EL, Speizer FE, Willett WC, Colditz GA. Prospective study of fruit and vegetable consumption and risk of lung cancer among men and women. Journal of the National Cancer Institute. 2000 Nov 15;92(22):1812-23.
4. Fraser GE, Beeson WL, Phillips RL. Diet and lung cancer in California Seventh-day Adventists. American Journal of Epidemiology. 1991 Apr 1;133(7):683-93.
5. McCulloch M, See C, Shu XJ, Broffman M, Kramer A, Fan WY, Gao J, Lieb W, Shieh K, Colford Jr JM. Astragalus-based Chinese herbs and platinum-based chemotherapy for advanced non-small-cell lung cancer: meta-analysis of randomized trials. J Clin Oncol. 2006 Jan 20;24(3):419-30.
6. Miller AB, Altenburg HP, Bueno‐de‐Mesquita B, Boshuizen HC, Agudo A, Berrino F, Gram IT, Janson L, Linseisen J, Overvad K, Rasmuson T. Fruits and vegetables and lung cancer: Findings from the European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition. International journal of cancer. 2004 Jan 10;108(2):269-76.
7. Neuhouser ML, Patterson RE, Thornquist MD, Omenn GS, King IB, Goodman GE. Fruits and vegetables are associated with lower lung cancer risk only in the placebo arm of the β-carotene and retinol efficacy trial (CARET). Cancer Epidemiology and Prevention Biomarkers. 2003 Apr 1;12(4):350-8.
8. Nomura SJ, Dash C, Rosenberg L, Palmer J, Adams-Campbell LL. Fruit and vegetable intake and lung cancer incidence among black women according to cigarette smoking status. Nutrition and cancer. 2018 Aug 18;70(6):904-12.
9. Shareck M, Rousseau MC, Koushik A, Siemiatycki J, Parent ME. Inverse association between dietary intake of selected carotenoids and vitamin C and risk of lung cancer. Frontiers in oncology. 2017 Feb 28;7:23.
10. Sinclair S. Chinese herbs: a clinical review of Astragalus, Ligusticum, and Schizandrae. Alternative Medicine Review. 1998 Oct;3:338-44.
11. Steinmetz KA, Potter JD, Folsom AR. Vegetables, fruit, and lung cancer in the Iowa Women’s Health Study. Cancer research. 1993 Feb 1;53(3):536-43.
12. Steinmetz KA, Potter JD. Vegetables, fruit, and cancer. I. Epidemiology. Cancer Causes & Control. 1991 Sep 1;2(5):325-57..
13. Tu H, Heymach JV, Wen CP, Ye Y, Pierzynski JA, Roth JA, Wu X. Different dietary patterns and reduction of lung cancer risk: A large case-control study in the US. Scientific reports. 2016 May 27;6:26760.
14. Voorrips LE, Goldbohm RA, Verhoeven DT, van Poppel GA, Sturmans F, Hermus RJ, van den Brandt PA. Vegetable and fruit consumption and lung cancer risk in the Netherlands Cohort Study on diet and cancer. Cancer Causes & Control. 2000 Feb 1;11(2):101-15.
15. ZHOU DH, LIN LZ, TAO ZG. Traditional Chinese Medical Oncologic Evaluation Sys-tem of Response to Treatment (TCMOES) in Advanced Non-small Lung Cancer [J]. Bulletin of Chinese Cancer. 2005;10.

Kongsi