Cegah Penyakit

Gempaknya DIET ini

PENDAHULUAN

Pengenalan

Masalah kesihatan di dunia kini mengalami pelbagai revolusi. Jika dahulu kebanyakkan masyarakat di Malaysia mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikatnya pada hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami berbagai masalah kesihatan disebabkan terlebih makan . Hampir 250 juta orang dewasa di seluruh dunia dilaporkan menghidap diabetes, iaitu dua kali ganda sejak 1980, berdasarkan satu kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet bertarikh 25 Jun 2011. Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard menganalisis gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di seluruh dunia dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan jumlah pesakit diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes meningkat dua kali ganda dari 143 juta orang pada 1980 kepada 337 juta orang pada 2008. Tahap gula yang tinggi dalam darah dan penyakit diabetes telah membunuh tiga juta orang di seluruh dunia setiap tahun. Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama yang mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang lama dan berat badan yang berlebihan atau lebih dikenali dengan obesiti. Obesiti juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang amat serius. Lebih dari 1 billion penduduk dunia mengalami masalah kegemukan. Obesiti adalah masalah kesihatan, bukan tanda kekayaan atau bahagia. Ramai orang dewasa dan kanak-kanak mengalami kegemukan. Kanak-kanak dan remaja sekarang lebih gemuk dari dahulu. Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol yang menurun di kebanyakan rantau. 

Di Malaysia pula, menurut kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia telah menghidap diabetes tahun lalu. Ada yang telah membuat kajian bahawa ada menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Menurutnya lagi, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum minuman beralkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap. 

Penyakit yang wujud pada zaman sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak menjaga keseimbangan dalam hidup. Kesihatan tubuh badan dan penyeimbangan adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Sepertimana yang termaktub dalam surah ar- Ruum ayat 41 .

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)

(Ar-Ruum 30:41)

Maksud ayat Al-Quran diatas adalah di mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakkan di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut.

Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada kita kecil lagi. Ia juga membantu menguatkan sistem imun pada masa kini dan masa hadapan serta menguatkan sistem daya ketahanan semula jadi tubuh badan. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.

Hmm , Kita mesti pernah mendengar pepatah Inggeris yang menyatakan ‘We Are What We Eat’ yang bermaksud kita adalah apa yang kita makan.  Oleh itu, sekiranya kita ingin sihat, kita seharusnya mengamalkan makan secara sihat dan seimbang bukannya makanan yang tidak sihat !

PEMAKANAN SEIMBANG DAN NUTRISI

Definisi

Makanan seimbang dan bernutrisi ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran serta dalam menjaga kesihatan. Makanan seimbang harus mempunyai semua bahan makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi secara normal. Media sosial turut menularkan pemakanan bernutrisi dan seimbang melalui berbagai jenis aktiviti serta program dan perkongsian penulisan mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makan makanan seimbang ini.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada segi aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Dengan nikmat sihat tubuh badan yang Allah telah kurniakan kepada kita ini menjadikan kita seseorang manusia yang boleh menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Jika kita mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut saranan pakar nutrisi, kita akan jadi lebih sihat.

Gizi yang tidak seimbang boleh menyebabkan  pelbagai masalah kesihatan berlaku. Seseorang yang mengambil dan mengikut gizi makanan yang tidak seimbang untuk suatu tempoh yang lama akan mengalami malnutrisi. Malnutrisi didefinisikan sebagai kekurangan nutrien tertentu dalam makanan.

Pengambilan garam yang berlebihan dalam pemakanan juga boleh menyebabkan ginjal atau buah pinggang gagal berfungsi. Ini menyebabkan tekanan darah tinggi yang merupakan faktor utama untuk serangan sakit jantung dan strok. Tabiat makan terlalu banyak boleh menyebabkan pertambahan berat badan, iaitu obesiti. Seseorang dikatakan mengalami obesity apabila berat badannya adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya. Obesiti sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi, diabetis melitus, dan kanser kolon.

Contoh makanan seimbang dan nutrisinya

  1. Ubi Bit Merah

Ubi Bit Merah atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai “beetroot” ( Beta vulgaris subsp. Vulgaris var. vulgaris ) , juga dikenali sebagai bit meja (table beet) , bit taman (garden beet) , bit merah (red beet) atau secara tidak formal hanya disebut bit sahaja adalah salah satu dari kepelbagaian jenis tumbuhan bit yang kebanyakannya hidup meliar dan tumbuh subur di Amerika Utara dan Britain.

Ubi Bit Merah

Ubi bit berasal dari kawasan Mediterranean, Eropah. Ubi bit ini mengandungi pelbagai khaista dan nutrisi seperti sodium, potasium, phosphorus, calcium, iodin, zat besi, copper, Vitamins B1, B2, B3, B6 dan C. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti mentah, rebus, celur, bakar atau kukus. Ubi bit mentah boleh ditambah kepada salad, kepada sandwich (cuba letakkan keju sekali) atau campurkan kepada sayur-sayuran lain.Ia mengandungi betacyanin, iaitu sejenis antioksidan yang kuat, yang mampu memberikan warna merah kepada ubi bit, sayur ini memperbaiki darah dan mempunyai sifat anti karsinogen. Kajian menunjukkan ia meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh pada hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan badan. Ia juga mengandungi silika, penting bagi kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang.

Kalau nak tahu , jus Ubi Bit Merah ni warnanya seakan akan macam warna merah darah tau….

Bukan itu sahaja , ubi bit merah dan daunnya pula banyak kegunaan untuk kesihatan seperti :

Jantung : Serat dalam ubi bit merah membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit merah menurunkan kadar homosisten dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Hal ini dengan  pengambilan ubi bit ini mampu membantu untuk mencegah penyakit kardiovaskular.

Kanser : Kajian menunjukkan bahawa Ubi bit Merah adalah yang paling baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyanins, yang dapat melawan kanser. Nitrat yang selalu digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus ubi bit merah menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus ubi bit merah dan serbuk ubi bit merah juga boleh melambatkan perkembangan tumor.

Hati : Jus Ubi Bit Merah mengandungi Betaine untuk membantu merangsang fungsi hati.

Pernafasan : UbiBit Merah merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.

Tenaga : UbiBit Merah mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk memberikan tubuh badan menjadi bertenaga.

Katarak dan Kapilari : Kehadiran beta-karoten iaitu  (vitamin A) membantu untuk mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak , bukan itu sahaja , flavonoid dan vitamin C dalam ubi bit merah ini juga dapat membantu untuk menyokong struktur kapilari daripada tidak berfungsi.

2. Beras Perang

Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dileraikan. Ia mempunyai tesktur sedikit berkacang , lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih dan menjadi tengik lebih cepat. Mana-mana beras, termasuk biji-bijian panjang, biji-bijian pendek, atau pulut, dapat dimakan sebagai nasi perang.

Beras Perang

Untuk pengetahuan anda , beras perang ini mempunyai banyak kelebihan dan khasiatnya , ia mampu membantu sistem penghadaman badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik , mengelakkan sembelit dan yang paling penting jika sesiapa yang menghidapi penyakit kanser , dengan memakan beras perang ia mampu untuk mengurangkan risiko sakit tersebut . Pesakit yang telah lama mempunyai masalah kolestrol , jantung , dan ingin menurunkan berat badan mereka juga boleh mengamalkan dengan memakan beras ini supaya dapat mengekalkan berat badan yang seimbang waima beras perang ini juga boleh dimakan oleh pesakit diabetes  , artritis atau pesakit yang mengalami masalah kerapuhan tulang . Hal ini kerana , beras perang ini kaya dengan antioksida iaitu ia boleh membuatkan anda kelihatan sentiasa muda dan bertenaga . Bukan itu sahaja , beras perang ini dapat membantu lemak lemak degil anda untuk terus bakar sehingga anda dapat mencapai berat badan yang ideal berbanding jika anda makan beras putih serta ia dapatt meningkatkan tahap imuniti badan kita.

3. Beras Par Boiled / Beras Rebus

Beras parboiled juga dikenali sebagai beras rebus iaitu asalnya padi yang ditukar dan proses pemprosesannya sangat mudah iaitu beras yang telah direbus sebahagiannya di dalam sekam dan hanya menggunakan tiga langkah sahaja. Langkahnya adalah merendam , mengukus atau merebus dan mengering . Langkah-langkah ini telah menjadikan beras mudah untuk diproses dengan tangan dan dalam masa yang sama ia tidak menghilangkan semua nutrisi yang adalam dalam beras ini malah ia meningkatkan profit khasiat dalam kandungan beras ini. Rebusan separa masak ini menjadikan kulit-kulitnya kaya dengan serat dan vitamin yang telah menyerap ke dalam beras sewaktu proses rebusan dilakukan.

Beras Par boiled / Beras Rebus

Disebabkan ia direbus , beras ini kaya dengan dengan vitamin B1 , B2 , B6 dan zat besi , fosfat dan juga manganese. Kalau anda tengok rupa beras ini untuk kali pertama mesti anda ingatkan ini adalah beras biasa kan ?

Tidak ! Beras Rebus ini rupa dia agak kelihatan keruh sedikit berbanding beras putih tau . Almaklumlah, baru lepas dituai terus sekali direbus dengan kulit-kulitnya . Tapi khasiat beras ini lagi tinggi berbanding beras perang dan beras putih kerana ia mempunyai glisemik indeks yang lebih rendah

4 .Sayuran dan Buah-buahan Organik

Sayur dan buah-buahan organik adalah sayuran dan buah yang tidak dicemari dan bebas dari racun sintetik serangga. Hal ini kerana racun sintetik serangga ini boleh mengancam kesihatan tubuh badan kita.

Sayur-sayuran dan buah-buahan organik

Sayur dan buah-buahan organik ni pula kebanyakkannya banyak diimport dari luar negara , hal ini kerana saiz sayuran dan buahan organik di negara kita ini terlalu kecil dan lambat untuk matang kerana ia memakan kos yang terlalu besar dan negara kita terpaksa mengimport sayuran serta buah-buahan organik dari luar negara.

Jadi bagaimana hendak memastikan yang ia adalah sayuran dan buah-buahan yang organik ? Pertama sekali , pastikan melibat label dahulu . Pastikan beberapa perkara mempunyai Logo USDA, logo ‘Non-GMO’ dan bahannya 100 peratus organik. Selain itu ia mestilah tidak mengandungi bahan yang bermula dengan huruf E. Huruf E ini menandakan adanya bahan kimia. Memang pada label ada banyak bahan yang kita tidak tahu kerana menggunakan huruf dan nombor tertentu. Malah yang tersenarai pun, banyak yang tidak difahami kerana ia meletakkan nama sebatian kimia. Jadi untuk memudahkan, lihat senarai bahan dan pastikan tiada bahan yang ditulis menggunakan huruf E dan diikuti dengan nombor tertentu.

5. Tenusu

Produk tenusu atau lebih mudah dikenali sebagai produk susu adalah makanan yang dihasilkan daripada susu mamalia. Tenusu merupakan produk makanan semulajadi yang menghasilkan jumlah kalori tenaga yang tinggi. Diseluruh pelusuk dunia mempunyai kilang pengeluaran untuk pemprosesan susu ini.

Produk tenusu

         Apakah contoh-contoh produk tenusu ini ?

  1. Susu

Susu adalah sejenis cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat dalam tubuh badan kita.

Susu mempunyai banyak khasiatnya terutama sekali ia mengandungi protein dan kalsium. Ia juga merupakan sumber yang baik untuk sejumlah vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Ia mengandungi vitamin D dan K untuk pembentukan tulang , iodin iaitu mineral  penting bagi fungsi tiroid , vitamin B12 dan Riboflavin yang sangat penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga. Bukan ini sahaja , ia juga mengandungi biotin dan asid pantothenik iaitu vitamin B yang perlu ada dalam tubuh badan kita untuk penghasilan tenaga.

 Vitamin A , potassium , magnesium , selenium dan thalamin juga terkandung dalam khasiat susu ini iaitu ia membantu pelancaran sistem imunisasi , kardiovaskular , mineral penghalang darah dan sejenis vitamin B bagi fungsi kognitive dan pertumbuhan sel-sel otak terutamanya daya ingatan.

Ramai yang tidak tahu juga bahawa susu juga mengandungi asid linoleic iaitu asid lemak yang berguna untuk membantutkan beberapa jenis barah pada tikus dan telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia , sel kanser kolorektal , sel kanser payudara , obesiti dan bantu untuk mengurangkan kolestrol.

2. Yogurt

Yogurt adalah susu yang telah diperam oleh Streptococcus salivarius ssp. 

thermophilus dan Lactobacillus delbrueckii ssp. bulgaricus kadangkala dengan bakteria tambahan, seperti Lactobacillus acidophilus.

Yogurt kaya dengan zat-zat proteinkalsiumvitamin Driboflavinvitamin B6 dan vitamin B12. Yogurt mengandungi lemak yang berbagai-bagai kandungannya. Yogurt juga merupakan makanan berharga kerana usus orang dewasa mengalami kemerosotan bakteria bifidus yang membolehkan pertumbuhan bakteria yang menghasilkan toksin juga menyebabkan barah atau kanser.

Serat / Serabut diet
  • Serabut Diet

Serabut diet atau dikenali sebagai serat makanan atau pelawas adalah bahagian yang tidak tercerna dalam makanan hasil tumbuhan yang menolak makanan melalui sistem pencernaan, ia menyerap air dan memudahkan peninjaan, dengan mengubah sifat kandungan salur gastrousus, serta mengubah cara penyerapan bahan khasiat dan kimia yang lain.

Secara amnya , serabut diet ini terdiri daripada polisakarida bukan kanji seperti selulosa dan bahagian tumbuhan yang lain seperti  dekstrin , inulin , lignin , lilin , kitin , pektin , betaglukan dan oligosakarida.

Kelebihan memakan serabut atau serat ( fiber ) adalah ia akan menghasilkan sebatian tinja ketika penapaian serabut terlarut , serta keupayaan serabut tidak terlarut untuk membesarkan uraiannya , ia juga dapat melembutkan tinja dan memendekkan masa peralihan melalui salur usus besar dan mengelakkan sembelit.

PIRAMID MAKANAN SEIMBANG

Panduan piramid makanan banyak membantu dalam memilih diet yang seimbang. Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Setiap individu mempunyai jumlah amaun makanan yang berbeza. Disebabkan itu, pemilihan makanan haruslah mengikut carta panduan makanan yang dinyatakan dalam piramid makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan,  pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau dasar piramid, dan  makanan dari aras paling tinggi piramid makanan perlu diambil dengan kadar paling sedikit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Piramid makanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah dibawah.

Penyajian hidangan sihat dan seimbang

Panduan Diet Malaysia telah menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan yang berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Disini terdapat pelbagai jenis makanan yang membekalkan nutrien-nutrien yang berbeza diperlukan oleh tubuh badan. Tiada satu pun jenis makanan yang dapat memberi kesemua tenaga , nutrient dan komponen makanan yang kita perlukan. Oleh itu , sekiranya seseorang itu ingin merancang cara pemakanan mereka , pastikan makanan yang telah dirancang itu terdiri daripada pelbagai jenis makanan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan harian untuk tenaga badan kita.

Selain itu, perlu hidangkan makanan mengikut saiz sajian yang telah disarankan. Hal ini kerana ia dapat membantu untuk membuat anggaran apabila membuat tempahan makanan dan saranan saiz makanan perlu dibuat berdasarkan keperluan pemakanan seseorang.

Akhir kalam , keperluan makanan mengikut kalori juga merupakan benda yang amat penting yang tubuh badan manusia perlukan . Hal ini kerana kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat , protein dan lemak yang diambil oleh seseorang individu tersebut.

Jadi , marilah kita mengamalkan pemakanan yang seimbang serta sihat bagi memantapkan prestasi hidup yang cergas serta spiritual dan panjang umur .

PENUTUP

Konklusinya , diet pemakanan yang seimbang dan sihat serta bernutrisi membantu sistem tubuh badan kita untuk bekerja dan memproses dengan betul dan lancar. Piramid makanan yang seimbang membantu untuk dijadikan sebagai panduan pemakanan , jadi dah tiada alasan lagi ya untuk tidak tahu bagaimana cara untuk mengambil serta mendapatkan makanan yang seimbang .

Hal ini kerana , jika kita sentiasa mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan teratur , badan kita secara semulajadi akan bertindak untuk mengawal toksin yang sudah sedia ada di dalam badan kita supaya dapat mengelakkan daripada menghidapi penyakit-penyakit yang kronik seperti kanser , serangan jantung , darah tinggi dan sebagainya .

IBNU SINA WELLNESS

Terdapat pelbagai rawatan altenatif di seluruh Malaysia , antaranya Ibnu Sina Wellness. Di Ibnu Sina Wellness , melakukan perubatan yang berasaskan formula perubatan Ibnu Sina iaitu bapa perubatan moden yang masih digunakan di hospital moden kini. Rawatan yang dijalankan adalah berasakan teras Al-Quaran dan Hadith supaya ia tidak bercanggah dengan ilmu perubatan yang sudah tersedia masa kini . Bukan itu sahaja , di Ibnu Sina Wellness mengamalkan pemakanan yang seimbang dan dipantau sentiasa supaya apa yang di makan tidak mendatangkan toksin kepada badan kita semula . Jadi , cegah sebelum terlambat dan mulalah untuk berubah kearah sihat !

RUJUKAN

https://en.wikipedia.org/wiki/Beetroot#Etymology
https://ms.wikipedia.org/wiki/Beras_perang
https://www.bidadari.my/khasiat-beras-perang/
https://en.wikipedia.org/wiki/Parboiled_rice
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/06/352614/hasil-organik-pilihan-makanan-sihat
 “Ingredients – Yogurt”. DrGourmet.com. Dicapai 27 July 2011.
“What is yogurt?”. culturesforhealth.com.
Milk From Cows and Other Animals, web page by Washington Dairy Products Commission
Anatomy and Function of the Human Digestive System
One-stop resource for fiber information
Food Sources of Dietary Fiber, Appendix B-8, Dietary Guidelines for Americans published jointly in 2005 by the US Department of Health and Human Services and the Department of Agriculture
Adair, S.L & Popkin, B.M. ( 2005 ) , Are children eating patterns being transformed globally? Obesity research . 13 , 1281 -1299
Baltaci, G., Ersoy, G., Karaagaoglu, N., Derman, O. & Kanbur, N. (2008). Healthy Adolescents Nutrition, Moving Life. 1 st Edition. Ankara: Printing Klasmat.
Baranowski, T. & Nader, P. R. (1986). Family health behaviour. In D. C. Turk & R. Barasi, M. E. (1997). Human Nutrition: A Health Perspectic. United State: Oxford University Press, Inc.
Contento, J.R., Randell, J.S. & Basch, C.E. (2002). Review and analysis of evaluation measures used in nutrition education research. Jurnal of Nutritional Education Behavior, 34, 2-25.
Cook-Cottone, C. & Keca, J. (2005). Eating disorders: prevention is worth every ounce. Principal Leadership, 5(9), 11-16.
Bastable, J. (2002). Food for Your Body. New York: The Reader’s Digest Association, Inc.
Derek, L. J. (1996). Rahsia Kesihatan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Healthy Weight: A New Way of Looking At Your Weight and Health. Kuala Lumpur: KKM.
Liu, S., Manson, J. E., Lee, I. M., Cole, S. R., Hennekens, C. H., Willett, W. C. & Julie, E. (2000). Fruit and vegetable intake and risk of cardiovascular disease: The Women’s Health Study. American Journal of Clinical Nutrition, 72, 922- 8.
McBean, L. D. (1999). Emerging dietary benefits of dairy foods. Nutrition Today, 34(1), 47-53

Kongsi