#paruparu CORETAN

HINDARI PENYAKIT PARU-PARU OBSTRUKTIF KRONIK (COPD)

Tahukah anda bahawa penyakit paru-paru obstruktif kronik (Chronic obstructive pulmonary disease, COPD) memiliki tanda dan gejala yang hampir sama seperti asma iaitu merupakan masalah sistem pernafasan yang kronik, di mana saluran pernafasan menjadi sempit dan mengalami keradangan yang menyebabkan udara terperangkap dan membataskan aliran udara dalam saluran pernafasan, seterusnya menyebabkan gejala-gejala seperti sesak nafas, nafas berbunyi atau berdehit (wheezing) dan batuk berkahak yang kronik dan melarat. Penyakit COPD merupakan punca keempat kematian di peringkat global dan statistik ini dijangka akan berterusan berkekalan untuk tempoh masa akan datang. Di Malaysia, kadar kematian tahunan bagi setiap 100,000 orang yang mengalami COPD telah meningkat sebanyak 63.9% sejak tahun 1990, dengan purata sebanyak 2.8% setahun. Sehingga kini, dianggarkan 19.5 bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap COPD.

Penyakit COPD bukan sekadar membataskan fungsi paru-paru, malah memberi kesan buruk kepada sistem tubuh yang lain yang menyebabkan masalah-masalah seperti osteoporosis, lemah otot, kurang berat badan ataupun obesiti, anxiety dan depression, penyakit kardiovaskular dan juga penyakit gangguan metabolik. Dengan itu, kita hendaklah cakna akan perubahan yang berlaku pada badan dan mengambil langkah pencegahan awal sebelum terlambat. Antara langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan adalah:

  1. Berhenti merokok
    Tahukah anda bahawa merokok adalah punca utama COPD, dan 90% kematian disebabkan COPD adalah disebabkan oleh aktiviti merokok. Justeru itu, berhenti merokok adalah cara yang paling berkesan untuk merencatkan atau melambatkan penyakit ini dari melarat, seterusnya meningkatkan kadar survival dan menurunkan statistik kejadian penyakit ini. Terdapat pelbagai inisiatif yang dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk memberhentikan tabiat merokok ini. Antaranya beberapa saranan dan tips oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan swasta seperti Perkhidmatan ‘mQuit’ dan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (PKBM) di beberapa hospital-hospital kerajaan seperti:

    * Dapatkan sokongan atau teman yang boleh berada disisi anda untuk menggalakkan dan menyokong anda
    * Bersenam/ beriadah untuk membantu anda bertenang
    * Membuang segala barangan anda berkaitan dengan rokok
    * Umumkan kepada orang sekeliling, yang anda hendak berhenti merokok dan dapatkan galakan mereka
    * Mengunyah gula getah tanpa gula, atau sayur-sayuran segar untuk menggantikan keinginan merokok
  2. Kurangkan atau elakkan diri daripada terdedah kepada pencemaran udara.
    Kajian menunjukkan udara yang tercemar memberi kesan buruk kepada fungsi paru-paru, seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat COPD jika sentiasa terdedah kepadanya. Oleh itu, digalakkan untuk mengurangkan aktiviti atau singkatkan masa diluar rumah di waktu tahap pencemaran udara yang berbahaya dan memakai topeng muka yang bersesuaian jika perlu berada di luar rumah.
  3. Amalkan pemakanan seimbang dan mengekalkan berat badan ideal
    Pelbagai kajian menyatakan diet yang tinggi antioksidan seperti Vitamin C dan vitamin E bagus untuk fungsi paru-paru. Obesiti sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi kepada pelbagai penyakit, termasuklah COPD. Oleh itu, diet yang seimbang dan dalam kuantiti yang bersesuaian mengikut kadar keperluan harian dapat membantu mengekalkan dan mendapatkan berat badan yang ideal.

    Kesimpulannya, mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Buatlah pilihan denagn bijak untuk memilih gaya hidup yang sihat dan terhindar dari penyakit-penyakit yang serius. Ia bukanlah suatu pengakhiran jika anda didiagnos sebagai penghidap COPD. Terdapat pelbagai rawatan yang ada bagi menyembuhkan penyakit ini.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya penyakit yang berkaitan dengan paru-paru. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izin-Nya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit paru-paru berdasarkan Teknologi Fitrah.

RUJUKAN

1. Laumbach, R. J. (2010). Outdoor Air Pollutants and Patient Health. Am Fam Physician, 81(2), 175–180.
2. Lim, S., Lam, D. C.-L., Muttalif, A. R., Yunus, F., Wongtim, S., Lan, L. T. T., … de Guia, T. (2015). Impact of chronic obstructive pulmonary disease (COPD) in the Asia-Pacific region: the EPIC Asia population-based survey. Asia Pacific Family Medicine, 14(1). doi:10.1186/s12930-015-0020-9
3. Vanfleteren, L. E. G. W., Spruit, M. A., Wouters, P. E. F. M., & Franssen, F. M. E. (2016). Management of chronic obstructive pulmonary disease. The Lancet Respiratory, 2600(16), 1–15. https://doi.org/10.1016/S2213-2600(16)00097-7
4. Vestbo, J., Hurd, S. S., Agusti, A. G., Jones, P. W., Vogelmeier, C., Anzueto, A., … Robert, A. (2012). Global Strategy for the Diagnosis, Management and Prevention of Chronic Obstructive Pulmonary Disease GOLD EXECUTIVE SUMMARY, (C), 1–67. https://doi.org/10.1164/rccm.201204-0596PP
5. Yoon, H. (2017). Prevention of COPD, 211–217. https://doi.org/10.1007/978-3-662-47178-4

Kongsi