Artikel : 

Adakah lelaki mengalami kemurungan dan bunuh diri ?

oleh Hakeema Rozainah

Secara umumnya lelaki merasakan diri mereka kuat, boleh berdikari, boleh menangani kesakitan dan masalah tanpa mengharapkan pertolongan sesiapa dan tidak boleh menangis. Ini menyebabkan lelaki merasakan tidak memerlukan sokongan orang lain dan tidak mengakui mereka mempunyai masalah kesihatan. Keadaan ini lama-kelamaan akan menjejaskan kehidupan sosial dan kesihatan emosi. Sekiranya dibiarkan ia akan menjadi semakin parah dan boleh mencetus kepada keinginan bunuh diri.

Biasanya lelaki tidak sedar mereka sedang mengalami kemurungan dan tidak suka bercerita mengenainya kepada orang lain. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kemurungan berlaku senyap-senyap dan tidak boleh dirawat.

Kemurungan menunjukkan terdapat kegagalan jiwa berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada sistem enjin jasad.

Berikut merupakan simptom kemurungan yang dialami oleh lelaki:

  • Jantung berdegup kencang.
  • Kerap berpeluh.
  • Kejang otot.
  • Kerap gelisah.
  • Berasa pening dan mengalami vertigo.
  • Sesak nafas atau rasa tercekik.
  • Sukar tidur malam atau insomnia.
  • Berasa sedih melebihi dua minggu.
  • Mudah tersinggung.
  • Sering mengalami perasaan bersalah.
  • Sentiasa berada dalam ketakutan.
  • Terlalu fikirkan masalah.
  • Mengalami serangan panik.
  • Rasa takut hilang kawalan.
  • Mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap kerja dan perbualan.
  • Berat badan menyusut.

Kemurungan yang berpanjangan dan tidak dirawat akan mencetus kepada komplikasi seperti:

  • Keinginan membunuh diri.
  • Hidup menjadi lebih sengsara.
  • Mudah lupa atau hilang ingatan.

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kemurungan:

  • Selain daripada mengatakan ‘saya tenang’, tukar kepada ‘saya sangat teruja’.
  • Kekal aktif dengan melakukan senaman ringan dan senaman berat.
  • Terapung dalam air yang mengandungi garam Epsom pada waktu malam.
  • Minum air teh chamomile kerana ia bersifat antikemurungan.
  • Dekatkan diri dengan alam semula jadi seperti melakukan aktiviti meredah hutan.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah dapat menenangkan fikiran dan menguatkan jasad.
  • Membersihkan jiwa dengan memperbanyakkan aktiviti kerohanian.
  • Sekiranya kemurungan bertambah parah, dapatkan nasihat kaunseling dan terapi psikologikal.

Allah Yang Maha Mengamankan (Al-Mu’min) sentiasa memberi keamanan jiwa, emosi dan jasmani, dibebaskan dari rasa takut dan bimbang. Pada zaman pandemik Covid ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita kemurungan malah kes bunuh diri akibat dari tekanan hidup terutamanya jika hilang pekerjaan dan terjejas sumber pendapatan. Kemurungan boleh menyebabkan emosi menjadi tidak stabil dan jantung sering berdebar. Lakukan Pernafasan Fitrah untuk stabilkan denyutan jantung. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. Usah berputus asa dan sentiasa yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung