Artikel : 

Adakah luka kencing manis boleh sembuh?

oleh Hakeema Rozainah

Menurut kajian yang dilakukan di United Kingdom, terdapat beberapa kes menunjukkan luka kencing manis boleh disembuhkan tanpa memotong kaki atau amputasi. Mereka yang mempunyai luka kencing manis lebih mudah dijangkiti kuman dan meningkatkan risiko dipotong kaki atau amputasi untuk mengelakkan sepsis. Luka atau ulser pada kaki berlaku apabila hormon insulin tidak dapat dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan kerosakan saraf dan saluran darah yang menyebabkan pesakit kehilangan deria sentuh pada kaki mereka seterusnya tidak menyedari luka pada bahagian kaki mereka. Sekiranya saraf dan saluran darah rosak, luka tidak akan sembuh kerana kadar gula dalam darah yang tinggi boleh menghalang oksigen dan nutrisi daripada diambil oleh sel. Keadaan ini merencatkan sistem imuniti jasad dan seterusnya meningkatkan keradangan di dalam jasad.

Kajian saintifik telah menunjukkan potensi madu asli seperti Lote Tree Honey untuk merawat luka kencing manis. Luka pesakit yang dicuci dengan madu asli ternyata lebih cepat sembuh dan terhindar daripada jangkitan kuman kerana kebaikan yang ada pada madu tersebut.

Oleh sebab itu pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengawal kandungan gula dalam jasad bagi membolehkan luka sembuh dengan cepat. Allah Yang Maha Pelindung (Al-Muhaymin) telah menciptakan teknologi pankreas yang sentiasa melindungi jasad kita dari kandungan gula yang berlebihan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung