Artikel : 

Apakah cara mencegah kanser usus ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser usus berlaku pada usus besar iaitu bahagian hujung saluran pencernaan. Biasanya, kanser usus timbul apabila sel bukan kanser bergumpal membentuk polips pada bahagian dalam dinding usus. Lama-kelamaan polips ini akan membesar menjadi kanser usus. Sel kanser adalah sel yang hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming) yang telah ditetapkan bagi kesemua sel kerana sistem enjin jasad mengalami kerosakan.

Kegagalan usus berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding usus.

Berikut merupakan simptom kanser usus:

  • Kerap cirit-birit dan sembelit.
  • Berlaku pendarahan pada rektum dan najis berdarah.
  • Ketidakselesaan jasad seperti kekejangan, kesakitan dan rasa berangin.
  • Perasaan ada sesuatu terlekat pada usus.
  • Rasa lemah, lesu atau letih.
  • Penyusutan berat jasad secara mendadak.
  • Najis halus berbentuk pensel.

Pada peringkat awal kanser usus, tiada simptom yang dialami oleh pesakit. Namun, simptom kanser usus akan timbul apabila saiz sel kanser semakin membesar dan juga bergantung kepada tempat sel kanser timbul pada dinding usus.

Pencegahan daripada kanser usus boleh dilakukan daripada awal lagi. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko kanser usus:

  • Amalkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin organik. Kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksidan memainkan peranan penting dalam mencegah kanser.
  • Elakkan minum minuman beralkohol. Kandungan bahan kimia dalam alkohol seperti asetaldehid boleh merosakkan rantaian DNA sehingga menghalang jasad membaik pulih.
  • Berhenti merokok kerana tembakau mengandungi bahan kimia karsinogen yang boleh merosakkan rantaian DNA sehingga menghalang jasad membaik pulih.
  • Lakukan senaman selama 30 minit setiap hari dapat mengaktifkan jasad.
  • Kekalkan berat jasad yang ideal dengan melakukan senaman ringkas setiap hari.
  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah dan tidur secukupnya untuk menghilangkan stres.

Allah Yang Maha Pembentuk (Al-Musawwir) telah membentuk sistem pencernaan dalam sistem jasad manusia dengan sempurna dan efisisen sekali. Bermula dari mulut, makanan disalurkan menuju ke perut dan ke saluran usus agar sehalus-halus zat dan nutrisi dari makanan yang dikunyah itu dapat diserap sepenuhnya. Amalkan makan makanan yang berkhasiat, kaya nutrisi dan serat dan sihat untuk sistem pencernaan manusia. Terdapat juga kajian menunjukkan bahawa makanan sunnah yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis terbukti kaya dengan serat dan sihat untuk jasad manusia.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung