Artikel : 

Apakah cara merawat luka kencing manis ?

oleh Hakeema Rozainah

Kegagalan pankreas berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk asap rokok, minuman beralkohol, logam berat, sumber makanan daripada haiwan, kolesterol jahat serta jangkitan kuman dan virus yang tersumbat pada dinding pankreas boleh mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan pankreas. Kekurangan sel boleh menyebabkan kegagalan pankreas yang mengakibatkan luka kencing manis. Berikut merupakan cara-cara merawat luka kencing manis:

  • Memeriksa kaki setiap hari.
  • Kerap basuh kaki.
  • Menggunakan Lote Tree Honey sebagai ubat cuci dan sapu.
  • Pastikan kulit licin dan lembut.
  • Potong kuku jari kaki.
  • Sentiasa memakai stoking dan kasut.
  • Melindungi kaki daripada panas dan sejuk.
  • Pastikan darah mengalir ke kaki.
  • Berhenti merokok.

Sekiranya seseorang mempunyai masalah kaki dan tidak merasai sebarang kesakitan pada kaki, pemeriksaan kaki setiap hari membantu mengesan masalah tersebut sebelum ia menjadi semakin teruk. Amalkan pemeriksaan kaki setiap petang semasa membuka kasut dan periksa juga bahagian celah jari kaki. Sekiranya kaki tidak dapat dibengkokkan, gunakan cermin atau minta pertolongan orang lain untuk melihatnya.

Masalah kaki yang biasa dialami oleh pesakit kencing manis ialah:

  • Luka dan ruam merah.
  • Bengkak dan lepuh.
  • Kuku kaki tumbuh ke dalam kulit.
  • Kulit kasar dan tidak licin.
  • Ketuat.
  • Jangkitan kulat pada kaki.
  • Panas.

Sekiranya terdapat luka pada kaki, biasanya doktor akan menasihatkan mengambil bacaan suhu pada bahagian kaki yang berbeza. Rasa panas merupakan petanda utama lepuh atau ulser akan berlaku.

Membasuh kaki setiap hari dengan menggunakan sabun dan air suam dapat mencegah kaki daripada dijangkiti kuman. Elakkan daripada merendam kaki dalam air suam atau hangat kerana ia boleh mengeringkan kulit. Selepas membasuh dan mengeringkan kaki, sapu bedak talkum pada celah kaki supaya kulit pada bahagian celah kaki tidak lembap serta dapat mengelakkan jangkitan kuman.

Penjagaan kaki yang tidak betul akan menyebabkan kulit kaki kasar dan tidak licin. Sekiranya seseorang mengalami kerosakan saraf, keadaan akan menjadi semakin teruk sehingga mengakibatkan ulser. Anda dinasihatkan untuk menggunakan batu apung (pumice stone) bagi melicinkan kulit. Sapu secara lembut dalam arah yang sama untuk mengelakkan kulit terkoyak. Jangan sesekali memotong bahagian kulit kasar, menggunakan plaster berherba dan pembuang kulit kasar kerana ia akan merosakkan kulit dan seterusnya mengakibatkan jangkitan kuman. Untuk mengekalkan kelicinan dan kelembutan kulit, sapukan losyen, krim atau jeli petroleum pada bahagian atas dan bawah kaki. Elakkan daripada menyapu losyen dan krim pada bahagian celah jari kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Selain itu juga, kajian oleh saintis menunjukkan madu mempunyai sifat semula jadi sebagai penyembuh luka dan ia sangat berkesan dalam merawat luka kencing manis. Madu seperti Lote Tree Honey dapat melawan kebanyakan bakteria dan virus yang terlibat dalam proses pembentukan luka kerana ia mempunyai aktiviti antioksidan dan dapat mengawal keradangan. Tambahan lagi, madu dapat digunakan sebagai ubat cuci luka dan dapat mencuci luka dalam masa yang singkat. Kadar penyembuhan luka dan pembersihan bakteria dapat dilakukan semasa minggu pertama dan kedua penggunaan madu. 

Selain itu, amalan memotong kuku kaki selepas kaki dibasuh dan dikeringkan amat digalakkan. Potong kuku secara lurus menggunakan pengepit kuku dan elakkan memotong kuku pada bahagian sudut kaki. Licinkan kuku kaki menggunakan pengasah kuku. Cara ini dapat mencegah daripada melukakan kulit kaki dan menjaga kuku daripada tumbuh ke dalam kulit.

Memakai stoking dan kasut sepanjang masa dapat mencegah daripada terpijak sesuatu sehingga melukakan kaki. Hal ini sedemikian kerana anda tidak berasa sakit dan mungkin tidak menyedari kaki terluka. Pastikan kasut tersebut tidak mengandungi sebarang kekotoran seperti batu kerikil dan sentiasa memakai stoking dan sarung kaki yang bersih untuk mengelakkan berlakunya luka dan lepuh. Elakkan daripada berkaki ayam atau hanya memakai stoking walaupun berada di dalam rumah.

Bagi seseorang yang mengalami kerosakan saraf akibat kencing manis, mereka mungkin akan melukakan kaki sendiri tanpa menyedarinya. Amalkan langkah-langkah berikut untuk mencegah kaki daripada terdedah kepada haba:

  • Pakai kasut semasa di pantai dan di atas turapan panas.
  • Memakai krim pelindung matahari pada bahagian atas kaki untuk mengelakkan kepanasan matahari.
  • Jauhkan kaki daripada pemanas dan pembakaran terbuka.
  • Tidak meletakkan botol air panas dan pad pemanas pada kaki.

Sekiranya cuaca sejuk, pakai sarung kaki untuk mengekalkan kehangatan dan kekeringan kaki. Sentiasa memastikan darah mengalir ke kaki dengan lancar supaya kesihatan kaki dapat dijaga. Berikut merupakan tip untuk memastikan pengaliran darah ke kaki berlaku dengan lancar:

  • Tinggikan kedudukan kaki semasa duduk.
  • Goyangkan kaki selama beberapa minit dalam sehari. Gerakkan buku lali ke atas dan bawah, serta dalam dan keluar untuk membantu pengaliran darah ke kaki.
  • Elakkan daripada memakai stoking ketat dan elastik. Jangan sesekali menggunakan getah untuk mengikat stoking yang longgar.
  • Kekal aktif. Lakukan aktiviti yang tidak membebankan kaki seperti berjalan, menari, yoga atau regangan, berenang dan menunggang basikal.
  • Berhenti merokok kerana merokok boleh mengurangkan aliran darah ke kaki. 

Dapatkan pemeriksaan kaki secara mendalam daripada doktor sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa rasa dan denyutan pada bahagian kaki.

Allah Yang Maha Besar (Al-Kabir) berkuasa dalam menyembuh dan mendatangkan penyakit kepada manusia. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung