Artikel : 

Apakah enzim yang dikeluarkan oleh pankreas ?

oleh Hakeema Rozainah

Secara umumnya, pankreas memainkan dua peranan dalam sistem enjin jasad iaitu sistem endokrin dan sistem eksokrin. Bagi sistem endokrin, pankreas merembeskan hormon insulin dan glukagon untuk mengawal atur paras glukosa dalam darah. Manakala bagi sistem eksokrin pula, pankreas merembes enzim ke dalam saluran perkumuhan melalui duodenum pada bahagian usus kecil.

Insulin dirembes untuk merendahkan glukosa dalam darah sekiranya paras glukosa terlalu tinggi. Sementara itu glukagon pula berfungsi untuk meningkatkan glukosa sekiranya paras glukosa dalam darah terlalu rendah. Keseimbangan paras glukosa darah memainkan peranan penting kepada hati, buah pinggang dan otak. Selain itu, rembesan kedua-dua enzim ini sangat penting bagi sistem enjin jasad terutamanya sistem saraf dan sistem kardiovaskular.

Pankreas merupakan sebahagian daripada sistem eksokrin yang merembes enzim untuk proses penghadaman. Enzim lipase, amilase serta kimotripsin dan tripsin yang dirembes oleh pankreas akan bekerjasama dengan hempedu yang dirembes oleh hati ke dalam pundi hempedu untuk memecahkan molekul makanan yang besar kepada saiz yang lebih kecil. Ini dapat mempercepatkan proses penghadaman dan penyerapan nutrien ke dalam salur darah di sekitar duodenum pada bahagian usus kecil.

Allah Yang Maha Pembentuk (Al-Musawwir) telah menciptakan enzim dengan keunikan struktur proteinnya yang tersendiri. Para saintis sangat mengagumi penciptaan enzim yang bertindak sebagai pemangkin dalam mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung