Artikel : 

Apakah gejala penyakit batu karang?

oleh Hakeema Rozainah

Pembentukan batu karang pada buah pinggang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian tertentu jasad. Biasanya, longgokan batu karang bersaiz kecil pada buah pinggang tidak akan memberikan sebarang gejala. Namun, apabila longgokan batu karang ini memasuki bahagian yang lebih sempit seperti tiub ureter, kesakitan akan mula dirasai. Antara simptom penyakit batu karang adalah:

  • Sakit belakang.
  • Perut dan sisi sakit.
  • Kencing pedih.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Kencing berdarah.
  • Kencing keruh dan berbau.
  • Kuantiti air kencing yang keluar sangat sedikit.
  • Loya dan muntah.
  • Demam dan mengigil.

Sakit pada bahagian belakang, perut dan sisi adalah disebabkan oleh pergerakan batu karang ke bahagian tiub ureter yang lebih sempit. Ini mengakibatkan penyumbatan dan menyebabkan tekanan terkumpul pada buah pinggang. Tekanan ini mengaktifkan saraf yang menghantar isyarat kesakitan kepada otak. Kesakitan batu karang akan dirasai secara tiba-tiba. Apabila batu karang bergerak, kesakitan semakin dirasai pada kedudukan batu karang yang berbeza. Kesakitan silih berganti seperti gelombang akan dirasai dan menjadi semakin teruk apabila tiub ureter mengecut seperti cuba mengepam keluar batu karang daripada sistem enjin jasad. Kesakitan akan dirasai pada bahagian belakang, sisi dan bawah rusuk. Kesakitan itu turut tersebar pada bahagian perut dan pangkal paha apabila batu karang tersebut bergerak ke saluran kencing.

Apabila batu karang tiba pada persimpangan antara ureter dan pundi kencing, kesakitan akan dirasai apabila seseorang sedang membuang air kecil. Kesakitannya seperti tajam dan pedih. Jangkitan saluran kencing boleh berlaku dengan kehadiran batu karang.

Kerap membuang air kecil daripada biasa menunjukkan batu karang telah berada di bahagian bawah saluran kencing. Oleh sebab itu, seseorang akan kerap ke tandas secepat mungkin tidak mengira waktu.

Kencing berdarah merupakan simptom biasa bagi seseorang yang mengalami batu karang pada saluran kencing. Darah dalam air kencing berwarna merah, merah jambu, atau coklat. Sel darah dalam air kencing boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Air kencing yang sihat adalah tidak berwarna dan tidak berbau kuat. Air kencing keruh dan berbau busuk menunjukkan petanda terdapat jangkitan pada buah pinggang atau bahagian saluran kencing. Air kencing keruh menunjukkan terdapat nanah dalam air kencing, juga dikenali sebagai pyuria. Bau busuk tersebut terhasil daripada bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.

Kuantiti air kencing yang sedikit disebabkan oleh batu karang bersaiz besar yang tersumbat dalam ureter. Penyumbatan ini memperlahankan atau menghentikan pengaliran air kencing. 

Ia merupakan perkara normal apabila sistem enjin jasad yang tidak dapat berfungsi secara fitrah pada bahagian buah pinggang selalu merasa loya dan muntah. Simptom ini berlaku kerana buah pinggang dan saluran gastrousus berkongsi saraf penghubung yang sama. Batu karang dalam buah pinggang boleh mengaktifkan saraf saluran gastrousus sehingga menyebabkan sakit perut. Demam dan menggigil adalah petanda jasad mengalami jangkitan pada buah pinggang atau bahagian saluran kencing. Ia merupakan komplikasi batu karang yang berbahaya.

Allah Yang Maha Menguasai (Al-Qahhar) berkuasa dalam memberi petunjuk kepada hambaNya. Dengan adanya petunjuk ini, manusia akan lebih berhati-hati dan mengawal diri. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung