Artikel : 

Apakah itu depresi/anxiety ? Apakah simptom depresi/anxiety ?

oleh Hakeema Rozainah

Depresi adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Depresi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Depresi juga dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon iaitu paras hormon kortisol yang tinggi dan kurang penghasilan serotonin yang menyebabkan simptom depresi.

Simptom depresi:

  • Anxiety.
  • Kesedihan.
  • Kehilangan minat untuk aktiviti yang menyeronokkan sebelumnya.
  • Kesukaran dengan tumpuan atau ingatan.
  • Perubahan selera makan yang berkaitan dengan perubahan berat.
  • Gangguan tidur.
  • Kehilangan tenaga.
  • Penurunan aktiviti sosial biasa atau penarikan diri dari rakan dan keluarga.
  • Perasaan tidak berharga, tidak berdaya atau putus asa.
  • Pengurangan minat terhadap aktiviti seksual.
  • Rasa mahu bunuh diri.

Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang boleh memberikan ancaman. Perasaan ini boleh memberikan kesedaran supaya bersedia menghadapi perkara yang dibimbangi itu. Apabila berasa terancam, tindak balas kimia akan membuatkan jasad bertindak bagi mengelakkan kecederaan yang dipanggil ‘fight or flight’. Ketika ini, otak akan bertindak balas terhadap ancaman tersebut lalu merembeskan hormon adrenalin dan kortisol. Walaupun ancaman tersebut kadang-kala bukannya nyata dan hanya dalam fikiran, rembesan hormon-hormon ini akan memberikan simptom anxiety. Hanya apabila ancaman tersebut hilang dan tiada lagi perkara yang perlu dibimbangi, jasad akan kembali menjadi normal. Bagi seseorang yang mengalami masalah anxiety, kebimbangan terhadap ancaman tidak berlalu pergi malah menjadi semakin kuat kerana kerap difikirkan. Setiap orang akan mengalami anxiety selalunya mengalami simptom yang berbeza-beza berdasarkan keupayaan seseorang mengendalikan kebimbangan tersebut.

Antara simptom anxiety adalah:

  • Fikiran bercelaru.
  • Banyak fikir dan tidak terkawal.
  • Tidak fokus.
  • Terlalu takut atau panik.
  • Gementar.
  • Mudah marah.
  • Waswas atau ragu-ragu yang keterlaluan.
  • Insomnia atau masalah tidur.
  • Perubahan selera makan.
  • Rasa mahu lari dari masalah.
  • Kerap berpeluh.
  • Nafas kuat dan laju.
  • Kulit kemerahan.
  • Mulut kering.
  • Jantung berdegup laju.
  • Keletihan melampau.
  • Pening dan pengsan.
  • Sakit perut.

Seseorang yang mengalami anxiety kronik kebiasaannya akan banyak berfikir lalu menyebabkan fikiran bercelaru dan tidak dapat fokus. Terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran mereka termasuklah hal-hal remeh dan yang hal tidak berkaitan dengan mereka.

Bukan sahaja tidur yang tidak cukup boleh membawa kepada anxiety, tidur yang terganggu juga adalah merupakan antara simptom anxiety. Stres menyebabkan seseorang akan terlalu banyak berfikir dan sukar untuk tidur.

Selain itu, banyak berfikir juga boleh menyebabkan gangguan tabiat makan sama ada hilang selera makan atau makan secara berlebihan yang membawa kepada berubahan berat. Kurang makan akan membuatkan pesakit mengalami sakit perut, menjadi tidak bertenaga dan cepat letih sehingga boleh menyebabkan pening dan pengsan.

Kawalan emosi bagi penghidap anxiety kronik juga agak lemah. Mereka mudah berasa terlalu takut atau panik, gementar, mudah marah dan kadangkala rasa waswas yang keterlaluan. Marah yang keterlaluan boleh membuatkan kulit menjadi kemerah-merahan. Rasa gementar pula akan membuatkan jantung pesakit berdegup laju dan bernafas dengan laju. Malah pesakit juga akan kerap berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak. Disebabkan kesemua ini adalah tindak balas emosi, respon yang keterlaluan boleh menjadi simptom kepada anxiety.

Allah Yang Maha Mengamankan (Al-Mu’min) sentiasa memberikan keamanan jiwa, emosi dan jasmani kepada hamba-Nya. Apabila jiwa dan emosi mula rasa terganggu, yakinlah bahawa Allah itu ada dan sentiasa bersama anda. Sentiasa cuba untuk berfikiran positif dan jauhi diri daripada perkara-perkara negatif dan menganggu emosi. Amalkan gaya hidup fitrah dengan sentiasa mengamalkan Pernafasan Fitrah, Grounding dan berjemur di bawah cahaya matahari agar sistem enjin jasad kita sentiasa sihat dan bertenaga serta dapat menghasilkan hormon-hormon yang bagus untuk sistem enjin jasad kita.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung