Artikel : 

Apakah jenis strok ?

oleh Hakeema Rozainah

Terdapat 3 jenis strok yang utama ditentukan oleh bagaimana cara strok itu boleh berlaku. Strok iskemia berlaku apabila darah membeku menghalang perjalanan darah kepada otak iaitu aliran darah melalui arteri yang membekal darah beroksigen kepada otak terhalang. Strok berdarah (hemorrhagic) terjadi apabila salur darah (arteri) dalam otak menjadi bocor. Darah yang mengalir keluar memberi tekanan pada sel otak lalu menyebabkan kerosakan pada sel otak. Serangan strok atau strok mini terjadi kerana salur darah ke otak tersumbat secara sementara. Simptom ini akan beransur pulih selepas beberapa ketika atau dalam masa 24 jam. Simptom strok berlaku bergantung kepada bahagian otak yang terjejas.

Antara simptom strok iskemia:

  • Kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan, kaki atau selalunya berlaku pada separuh badan.
  • Kekeliruan.
  • Masalah bercakap dan memahami percakapan.
  • Pening, hilang keseimbangan untuk pergerakan.
  • Masalah penglihatan.

Antara simptom strok berdarah:

  • Tidak sedarkan diri.
  • Pening
  • Loya dan muntah.
  • Kebas pada muka, lengan, kaki atau selalunya berlaku pada separuh badan.
  • Sawan
  • Hilang keseimbangan pergerakan.
  • Masalah bercakap atau menelan.
  • Kekeliruan.

Antara simptom serangan strok atau mini strok:

  • Kebas terutamanya pada separuh badan.
  • Kekeliruan.
  • Masalah bercakap dan memahami percakapan.
  • Masalah penglihatan.
  • Pening.
  • Hilang keseimbangan pergerakan.

Strok menyebabkan kecederaan pada otak, kecederaan pada bahagian otak yang tertentu mengakibatkan kesan tertentu. Sebagai contoh jika kawasan otak yang terjejas melibatkan kawalan penglihatan, maka simptom yang dialami adalah masalah penglihatan. Begitu juga bahagian otak yang lain, yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri. Pening yang dialami adalah kerana darah yang tersumbat atau salur darah yang pecah pada bahagian kepala atau otak. Sawan pula adalah disebabkan gangguan elektrik atau tindak balas kimia dalam otak. Apabila strok berlaku, otak yang mengalami kecederaan akan membentuk parut pada tisu otak yang menjejaskan aktiviti elektrik dalam otak dan mengakibatkan sawan.

Allah Yang Maha Hebat (Al-Mutakabbir) telah memprogramkan jasad kita sempurna mengikut aturannya. Namun, disebabkan manusia itu sendiri yang makan makanan yang tidak sihat termasuk ubat-ubatan kimia berlebihan, ini telah mewujudkan longgokan toksin beracun yang menghalang sel daripada berfungsi secara fitrah. Akhirnya penyakit strok menjadi lebih teruk. Usahlah risau kerana penyakit strok boleh sembuh sekiranya gaya hidup sihat mengikut fitrah diamalkan. Beberapa aktiviti seperti Pernafasan Fitrah boleh dilakukan agar jantung sentiasa dapat membekalkan darah beroksigen ke seluruh sistem enjin jasad secara optimum. Selain itu, melakukan senaman ringkas untuk kekal cergas dan aktif, sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan diri daripada stres dengan kehidupan seharian, mengelakkan diri daripada minum minuman beralkohol, minuman berkafein dan pengambilan ubat-ubatan kimia sintetik yang boleh menyebabkan jantung lemah, dan mengelakkan makan makanan yang tinggi garam, kolesterol dan lemak tepu dalam diet pemakanan harian.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung