Artikel : 

Apakah langkah pencegahan awal kanser ovari ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser ovari merupakan sejenis kanser yang timbul pada ovari bahagian peranakan wanita. Sistem peranakan wanita mempunyai dua ovari yang terletak pada bahagian kanan dan kiri uterus. Secara fitrahnya ovari berfungsi menghasilkan telur (ovum) dan hormon estrogen serta progesteron yang penting untuk kehamilan dan pertumbuhan tisu. Sekiranya ovari tidak dapat menjalankan fungsi fitrahnya, telur dan hormon tidak dapat dihasilkan seterusnya menggugat proses kehamilan dan pertumbuhan tisu.

Kanser ovari berlaku apabila sel kanser bercambah dengan banyak diluar kawalan. Sel kanser adalah sel yang hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming) yang telah ditetapkan bagi kesemua sel kerana sistem enjin jasad mengalami kerosakan. Pertambahan kuantiti sel kanser yang melebihi sel normal akan mengakibatkan jasad tidak dapat berfungsi secara fitrah. Pada mulanya kanser ovari dipercayai timbul hanya pada bahagian ovari sahaja. Namun kajian terkini menunjukkan sel kanser ini mungkin bermula pada bahagian tiub fallopio dan merebak ke ovari.

Kegagalan ovari berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding ovari.

Biasanya pada peringkat awal kanser ovari, tiada simptom yang ditunjukkan. Namun, apabila kanser ovari semakin parah, simptom seperti berikut akan timbul:

  • Perut kembung atau bengkak.
  • Cepat berasa kenyang semasa makan.
  • Berat badan menyusut.
  • Rasa tidak selesa pada bahagian pinggul.
  • Kerap membuang air.

Oleh itu, langkah pencegahan awal perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko kanser ovari. Pengambilan diet pemakanan seperti berikut perlu diamalkan iaitu:

  • Penggunaan bawang putih dan halia sebagai bahan masakan dan minuman dapat memusnahkan sel kanser kerana mengandungi bahan bersifat antikanser.
  • Meminum jus tomato dapat mengurangkan risiko kanser ovari kerana mengandungi sumber yang boleh melawan kanser seperti karotenoid.
  • Pengambilan teh hijau setiap hari dapat melindungi dan membaik pulih rantaian DNA yang rosak serta melawan percambahan sel kanser pada bahagian ovari.
  • Pengambilan sayur-sayuran yang mengandungi kuersetin seperti bawang dalam diet pemakanan seharian dapat membantu organ hati meneutralkan bahan karsinogen yang menjadi pencetus kepada kanser.
  • Tidur secukupnya dapat mengurangkan risiko kanser ovari kerana terdapat peningkatan hormon yang bersifat antikanser seperti melatonin semasa tidur.
  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C dan E dapat mengurangkan risiko kanser ovari kerana dapat mengurangkan penghasilan enzim yang menggalakkan percambahan sel kanser.
  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah untuk menghilangkan stres.

Allah Yang Maha Besar (Al-Kabir) telah menciptakan rahim berfungsi dalam sistem peranakan untuk melahirkan zuriat ke atas muka bumi ini. Begitu hebatnya ciptaan Allah ini sehinggakan nama rahim ini diambil daripada nama Allah Yang Maha Penyayang (Al-Rahim). Sesungguhnya Allah begitu penyayang kepada hambanya. Sifat al-Rahim yang ada pada manusia membolehkan manusia menyayangi, mendidik dan membimbing ummah untuk membawa manusia lain kepada Allah Ya Rahim. Amalkan gaya hidup fitrah dan peliharalah rahim dengan sebaiknya. Jauhi pengambilan suplemen yang membahayakan dan penggunaan alat kosmetik yang boleh menyumbang kepada gangguan keseimbangan hormon wanita.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung