Artikel : 

Apakah masalah kesihatan lelaki yang kerap didengari ?

oleh Hakeema Rozainah

Golongan lelaki biasanya lebih cenderung mengalami masalah kesihatan berbanding wanita. Penyakit yang dialami oleh lelaki adalah seperti penyakit jantung, kanser paru-paru, kanser prostat dan penyakit hati.

Kegagalan sisem enjin jasad berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding sistem enjin jasad lalu mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan jasad lelaki.

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama bagi lelaki. Dianggarkan 70-89% lelaki diserang sakit jantung disebabkan oleh hormon seksual. Kajian menunjukkan hormon seksual lelaki terlibat dalam ketidakseimbangan paras kolesterol mungkin menjadi pencetus kepada penyakit arteri koronari. Selain itu, lelaki yang merokok juga turut meningkatkan risiko sakit jantung kerana nikotin dan bahan kimia dalam rokok membahayakan jantung dan salur darah. Ini boleh mengakibatkan salur darah menjadi sempit disebabkan oleh aterosklerosis. Tekanan darah tinggi dan kencing manis juga merupakan faktor penyebab penyakit jantung bagi lelaki.

Golongan lelaki lebih mudah menghidapi kanser paru-paru berbanding wanita disebabkan oleh tabiat suka merokok. Tembakau dalam rokok mengandungi kira-kira 7000 bahan kimia dan 70 bahan kimia yang boleh mengakibatkan kanser. Asap tembakau yang disedut boleh mengakibatkan beribu-ribu bahan kimia memasuki jasad lalu merosakkan rantaian DNA pada dinding paru-paru. Lama-kelamaan rantaian DNA yang rosak ini boleh mencetus kepada kanser paru-paru.

Kanser prostat merupakan kanser kedua yang menjadi pembunuh bagi golongan lelaki. Ia tumbuh pada bahagian prostat golongan lelaki. Kanser ini timbul apabila sel mula melakukan perubahan pada rantaian DNA lalu bercambah dan membahagi dengan lebih cepat berbanding sel normal. Sel tidak normal ini akan terus hidup dan mengakibatkan sel normal mati. Pengumpulan sel tidak normal ini lama-kelamaan akan membentuk ketumbuhan (tumor) dan memasuki tisu berdekatan dan kemungkinan merebak ke bahagian jasad yang lain.

Allah Yang Maha Sempurna (Al-Jalil) telah menciptakan semua manusia itu sempurna dan sebaik-baik kejadian seperti yang dinyatakan dalam ayat 4 surah at-Tin. Bukan itu sahaja, Allah juga memuliakan manusia seperti firman-Nya dalam surah al-Isra’ ayat 70. Allah menjadikan lelaki itu memiliki kekuatan, keperkasaan dan bersifat kepimpinan. Dengan mematuhi segala perintah Allah dan mengamalkan gaya hidup fitrah, sudah pasti kita dapat memelihara sistem enjin jasad amanah Allah ini dengan betul dan mengikut fitrah. Amalkan pemakanan yang berkhasiat, bersenam dan jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan sistem enjin jasad. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik sebelum terlambat.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung