Artikel : 

Apakah pedih ulu hati ?

oleh Hakeema Rozainah

Refluks asid (GERD) berlaku apabila cecair asid dalam perut melonjak naik ke esofagus. Biasanya, seseorang yang mengalami GERD akan mendapat simptom seperti pedih ulu hati. 

Antara simptom refluks asid (GERD) selain pedih ulu hati ialah:

  • Sakit dada.
  • Sukar menelan makanan.
  • Muntah. 
  • Berasa ketulan di tekak. 

Esofagus tidak dapat berfungsi secara fitrah apabila otot pencerut menjadi longgar akibat gaya pemakanan yang tidak bersesuaian dengan fitrah. Makan secara berlebihan atau memasukkan makanan dengan terlalu banyak pada satu masa boleh menyebabkan otot pencerut menjadi longgar. Apabila ini terjadi, otot pencerut akan sentiasa terbuka atau tidak tutup dengan rapat, lalu membenarkan asid perut menyusup masuk ke dalam esofagus dan menyebabkan refluks asid (GERD).

Antara punca lain otot pencerut menjadi longgar adalah disebabkan tekanan yang tinggi dalam perut seperti kegemukan, hamil atau sembelit. Selain itu, pedih ulu hati juga berlaku kerana rembesan asid hidroklorik secara berlebihan hasil tindak balas longgokan toksin beracun yang tersumbat dalam sistem enjin jasad.

Allah Yang Maha Bijaksana (Al-Rashid) pandai dan cerdik dalam mencipta dan menyempurnakan sistem enjin jasad kita. Allah SWT memerintahkan agar organ perut dan sistem gastrousus saling bekerjasama agar manfaat nutrien makanan rezeki Allah SWT yang ditelan dapat diproses dan diperolehi dengan optimum untuk kegunaan jasad. Maka setiap sel itu Allah SWT telah aturkan sesuai dengan sifatnya seperti sifat otot pencerut yang secara fitrahnya tidak berkeadaan longgar yang boleh mengakibatkan asid hidroklorik perut terkeluar dan menghakis dinding perut. 

Untuk mengembalikan otot pencerut pada esofagus supaya berfungsi secara fitrah, kita hendaklah mengamalkan sunnah dan gaya pemakanan yang mengikut fitrah dengan tidak makan terlalu banyak pada satu-satu masa. Kita dianjurkan untuk berhenti makan sebelum kenyang, makan lebih banyak makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang agar dapat mengekalkan berat yang ideal. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung