Artikel : 

Apakah simptom pembesaran prostat ?

oleh Hakeema Rozainah

Secara fitrahnya prostat berfungsi menghasilkan cecair (air mani) yang akan menjadi pelindung dan membekalkan nutrien kepada sperma. Sekiranya kelenjar prostat lemah dan tidak dapat berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming), ini akan mengganggu pergerakan dan kesihatan sperma sehingga mempengaruhi tahap kesuburan lelaki. Kelenjar prostat lemah disebabkan oleh keradangan prostat (prostatitis) dan pembesaran prostat.

Kegagalan kelenjar prostat berfungsi mengikut Teknologi Fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding kelenjar prostat. Selain itu, lelaki yang mempunyai saraf yang rosak dalam salur kencing lebih mudah menghidap radang prostat.

Antara simptom radang prostat ialah:

  • Rasa sakit pada bahagian antara skrotum dan dubur, bahagian bawah abdomen, zakar dan belakang jasad.
  • Rasa sakit semasa ejakulasi di sekitar pelvis.
  • Sakit pada bahagian uretra semasa membuang air kencing.
  • Sakit pada zakar semasa atau selepas membuang air kencing.
  • Kerap membuang air kencing.
  • Aliran air kencing yang lemah dan terganggu.
  • Demam.
  • Menggigil.
  • Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kencing.
  • Loya dan muntah.
  • Sakit jasad.
  • Air kencing tidak lawas.
  • Jangkitan saluran air kencing.

Pembesaran prostat berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, pertambahan umur, pengambilan diet pemakanan yang tidak seimbang dan stres. Bagi lelaki, hormon testosteron yang dihasilkan secara berlebihan berfungsi mengawal pertumbuhan organ seksual termasuklah prostat. Namun, penghasilan hormon testosteron yang berlebihan apabila umur bertambah akan mengakibatkan prostat terus bertumbuh dan membesar sehingga merebak kepada kelenjar prostat. Pengambilan diet yang tidak seimbang seperti seperti kurang makan sayur-sayuran dan sumber kekacang turut meningkatkan risiko pembesaran prostat. Selain itu, lelaki yang mengalami stres yang berpanjangan disebabkan oleh tekanan kerja juga turut meningkatkan risiko menghidap penyakit prostat membesar.

Berikut merupakan simptom prostat membesar:

  • Kerap membuang air kencing terutamanya pada wakru malam.
  • Sukar mengeluarkan air kencing.
  • Aliran air kencing lemah.
  • Air kencing menitis.
  • Sukar mengosongkan pundi kencing.

Allah Yang Maha Pembentuk (Al-Musawwir) telah membentuk manusia itu penuh kreatif dan mengandungi keunikan. Keunikan kelenjar prostat sebesar sebiji kacang tapi amat penting dalam kesihatan batin lelaki. Pembengkakan kelenjar prostat lazimnya dikaitkan dengan warga emas dan banyak dihidapi lelaki berusia 80 tahun ke atas. Namun trend itu kini berubah kerana ia semakin banyak dihidapi lelaki yang lebih muda iaitu seawal usia 55 tahun dan tanpa disedari sebenarnya mereka mengidap penyakit itu secara senyap sejak 10 hingga 20 tahun lalu. Hal ini berlaku kerana pada zaman ini ramai manusia hidup mengikut nafsu dan berlawanan dengan fitrah.  Sebaiknya cegah dahulu sebelum terlambat. Amalkan gaya hidup fitrah dan peliharalah diri anda.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung