Artikel : 

Apakah penawar kencing manis?

oleh Hakeema Rozainah

Pembetulan diet dapat membantu mengimbangkan ketidakseimbangan bendalir yang menjadi toksin kepada penyakit kencing manis. Kanun Perubatan Ibnu Sina telah menyenaraikan 84 bahan semula jadi untuk merawat kencing manis, meliputi 75 sumber tumbuhan, 6 produk haiwan dan 3 mineral yang berfungsi mengimbangkan bendalir sejuk berasid dalam jasad. Daripada jumlah semua, 77 bahan bersifat alkali manakala selebihnya bersifat asid. Bahan yang bersifat asid seperti lemon (pH 2) akan hilang keasidannya apabila dicernakan atau dicampurkan dengan bahan bersifat alkali untuk mendapatkan khasiatnya bagi kegunaan rawatan kencing manis.

Antara makanan yang digalakkan untuk pesakit kencing manis adalah madu, delima, aloe vera, kurma, lemon, berberis, habbatussauda, bunga lawang, herba marjoram, kulit kayu manis, jintan, ros jepun dan ros.

Selain itu pesakit kencing manis tidak digalakkan untuk mengambil buah-buahan yang sejuk seperti buah kuins (quince) kerana ia boleh menyebabkan pesakit berasa dahaga akibat sifatnya yang menyejukkan, mengecutkan dan menggalakkan pembuangan air kecil.

Mereka yang menghidap kencing manis dinasihatkan untuk menghidu kapur barus atau bunga teratai yang dapat membuatkan pesakit berasa mengantuk dan lupa tentang rasa haus selain daripada mengawal rasa haus tersebut. Menurut Kanun Perubatan Ibnu Sina, kawalan rasa haus ini boleh dilakukan secara berperingkat disertai dengan proses pembungan toksin menerusi pengambilan herba secara berterusan. Berada di kawasan yang sejuk atau dingin juga dapat mengawal rasa haus.

Allah Yang Maha Luas (Al-Wasi’) pemberian dan nikmat tumbuh-tumbuhan untuk manfaat kepada manusia bukan sahaja sebagai sumber makanan tetapi juga manfaat perubatan. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

    • Mohd Hilmi Abdullah (2011). Rawatan & Penjagaan Buah Pinggang & Pundi Air Kencing Menurut Ibnu Sina. Selangor: Pustaka HILMI. 
    • Sharofova M, Nuraliev Y, Sukhrobov P, Sagdieva S, Dushenkov V. Can Avicenna Help Manage the Diabetes Epidemic in Central Asia? Central Asian Journal of Medical Sciences. 2017 Nov; 3(3):200-220
Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung