Artikel : 

Apakah punca bacaan buah pinggang lebih 200 ?

oleh Hakeema Rozainah

Sistem enjin jasad yang sihat secara fitrah tidak akan menemui protein di dalam urinnya. Protein dalam urin adalah satu keadaan yang menunjukkan kandungan protein yang terlalu banyak dalam air kencing, dan ia turut dikenali sebagai proteinuria. Proteinuria merupakan salah satu tanda penyakit buah pinggang. Secara fitrahnya, buah pinggang akan menapis protein dan tidak membenarkan protein melepasinya. Namun begitu, kegagalan buah pinggang mengakibatkan protein seperti albumin meresap keluar daripada sel darah memasuki air kencing akibat kebocoran penapis buah pinggang. Selain itu juga, jasad manusia dapat menghasilkan banyak protein sehingga menyebabkan proteinuria.

Kreatinin merupakan sisa daripada metabolisme otot jasad yang tinggi berbanding kuantiti penghasilannya setiap hari. Ia juga boleh didapati daripada amalan pemakanan berasaskan daging daripada diet harian. Keratinin ini ditapis melalui buah pinggang dan seterusnya dipam keluar daripada jasad melalui air kencing. Bacaan kreatinin melebihi paras normal 72-156 mL/min menunjukkan terdapat kerosakan pada buah pinggang. Bacaan kreatinin dilakukan dengan menggunakan kaedah kadar penurasan glomerulus (Glomerular Filtration Rate, GFR) iaitu berapa banyak isipadu aliran bendalir yang ditapis oleh buah pinggang dalam masa seminit. Buah pinggang yang sihat dan berfungsi secara fitrah biasanya dapat menapis lebih daripada 90 mL/min. Sekiranya GFR kurang daripada 90 mL/min, ini menunjukkan terdapat kerosakan pada buah pinggang disebabkan oleh kuantiti kreatinin yang tinggi dalam darah lalu mengakibatkan hanya sedikit sahaja kreatinin yang dipam keluar melalui air kencing. Kekurangan sel akibat kerosakan buah pinggang boleh mengakibatkan buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsi menapis secara efisien lalu menyebabkan kandungan protein dan kreatinin dalam air kencing bertambah seterusnya menyebabkan bacaan buah pinggang melebihi 200. 

Allah Yang Maha Pembuat (Al-Bari) telah menciptakan buah pinggang sebagai penapis yang berteknologi tinggi yang mampu memisahkan yang bersih dan kotor dalam jasad kita. Masalah buah pinggang yang berlaku merupakan petanda bagi kita agar kembali kepada gaya hidup fitrah sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan akhirnya perlu bergantung pada mesin dialisis. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung