Artikel : 

Apakah punca batu karang di buah pinggang ?

oleh Hakeema Rozainah

Batu karang merupakan longgokan garam dan mineral daripada kalsium dan asid urik yang terbentuk pada buah pinggang dan boleh bergerak ke pundi kencing. Pembentukan batu karang berlaku apabila terlalu banyak mineral terkumpul dalam air kencing. Kekurangan air dalam jasad boleh mengakibatkan air kencing menjadi pekat dan tepu dengan mineral. Kandungan mineral yang terlalu banyak ini mengakibatkan pembentukan batu karang. Proses mengepam keluar batu karang daripada sistem enjin jasad bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya apabila ia melibatkan longgokan batu karang bersaiz sederhana dan besar. 

Oleh sebab itu pembentukan batu karang perlu dikawal supaya sistem enjin jasad dapat berfungsi secara fitrah. Biasanya garam dan mineral seperti kalsium yang diperoleh daripada sumber makanan menjadi penyumbang besar dalam pembentukan batu karang. Untuk mencegah pembentukan batu karang, sentiasa minum air kosong untuk menghidratkan jasad. Mereka yang mempunyai masalah batu karang tidak digalakkan mengambil:

  • Makanan tinggi garam seperti ikan bilis dan ikan masin.
  • Makanan tinggi potassium seperti jering, petai dan rebung.
  • Makanan tinggi protein seperti ayam, daging, ikan dan telur.
  • Makanan tinggi oksalat seperti kopi dan coklat.

Amalkan pengambilan makanan seperti peria, lobak merah, yogurt, bawang putih, bawang merah, minyak zaitun dan jambu batu yang dapat mencegah pembentukan batu karang. Allah Yang Maha Membuka (Al-Fattah) sentiasa membuka ruang yang tutup dan juga pintu penyelesaian segala masalah hidup. Masih belum terlambat untuk merawat sakit buah pinggang walaupun sudah terjadi batu karang.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung