Artikel : 

Apakah punca cyst ?

oleh Hakeema Rozainah

Keadaan ovari yang terdedah kepada longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol menyebabkan pembentukan sesuatu yang tidak normal seperti pembentukan cyst ovari. Punca cyst ovari disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Ketumbuhan.
  • Faktor genetik.
  • Kerosakan sel.
  • Keadaan radang yang kronik.
  • Saluran yang tersumbat yang menyebabkan cecair berkumpul.
  • Jangkitan parasit.
  • Kecederaan yang mengakibatkan salur darah pecah.

Ketumbuhan endometriosis adalah pertumbuhan sel endometrium yang berlaku di luar rahim. Saluran yang tersumbat atau salur darah yang pecah akibat kecederaan boleh menyebabkan cecair berkumpul lalu membentuk cyst. Jangkitan parasit juga boleh membentuk cyst. Keradangan pada bahagian pelvis yang disebabkan oleh jangkitan juga cenderung untuk membentuk cyst pada ovari.

Longgokan toksin beracun yang tersumbat hasil daripada gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, pengambilan suplemen, penggunaan alat kosmetik menggangu ovari untuk berfungsi secara fitrah dalam sistem enjin jasad dan juga melemahkan sistem imun jasad untuk melawan jangkitan kuman atau sebarang bendasing yang datang. 

Allah Yang Maha Penyayang (Al-Rahim) bersifat penyayang kepada hambaNya. Larangan yang diberikan Allah SWT adalah kerana sayangnya Allah SWT kepada kita. Ini adalah kerana setiap larangannya itu adalah kerana ia melanggar fitrah. Amalkanlah gaya hidup fitrah agar setiap sel dalam rahim kita mampu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah agar sistem enjin jasad kita mampu berfungsi dengan optimum.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung