Artikel : 

Apakah punca depresi/anxiety ?

oleh Hakeema Rozainah

Depresi adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, cepat marah, keletihan dan hilang minat dalam aktiviti harian.

Antara penyebab depresi:

  • Penderaan.
  • Masalah.
  • Konflik.
  • Kehilangan orang tersayang.
  • Penyakit kronik.
  • Ubat-ubatan.
  • Perubahan kimia dalam otak.

Anxiety adalah perasaan tidak senang seperti kerisauan dan ketakutan sama ada teruk atau tidak. Antara penyebab anxiety:

  • Trauma
  • Stress
  • Penggunaan alkohol atau dadah.

Penderaan, masalah, konflik, kehilangan orang yang tersayang, trauma dan stres yang membabitkan masalah emosi memerlukan kekuatan jiwa seseorang untuk menanganinya. Namun, tidak semua individu mempunyai kekuatan jiwa bagi menangani masalah masing-masing sehingga ada yang merasakan tidak tertanggung masalah yang dihidapi dan mengambil pendekatan yang tidak sewajarnya.

Pengambilan alkohol atau dadah hanya memberi kesan sementara dan tidak dapat menyelesaikan masalah. Malah, meningkatkan kebergantungan seseorang kepada alkohol atau dadah sebagai ubat atau cara penenang tanpa berusaha menangani sesuatu masalah tersebut. Depresi juga dikaitkan dengan masalah atau ketidakseimbangan kimia iaitu neurotransmitter serotonin, norepinefrin dan dopamin. Selain itu, hormon kortisol juga tinggi di kalangan penghidap depresi kerana stres atau tekanan yang dialami menyebabkan jasad menghasilkan lebih hormon kortisol.

Allah Yang Maha Penjaga (Al-Hafiz) sentiasa menjaga dan memelihara seluruh ciptaan-Nya dan tiidak ada satu pun yang terlepas daripada jagaan-Nya. Yakin bahawa Allah sentiasa menyayangi semua makhluk-Nya. Apabila jiwa rasa stress dan tertekan, berhenti sebentar dan amalkan Pernafasan Fitrah. Amalkan zikir-zikir dan ayat-ayat Quran yang boleh menenangkan hati dan jiwa. Salurkan semua perasaan negatif itu dengan melakukan aktiviti yang boleh menenangkan minda dan melakukan senaman. Amalkan gaya hidup fitrah agar diri sentiasa positif dan tidak terjurus kepada perkara yang boleh memudaratkan diri dan minda. Sesungguhnya kesihatan mental juga amat penting untuk sistem enjin jasad kita berfungsi mengikut fitrah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung