Artikel : 

Apakah punca kencing pedih ?

oleh Hakeema Rozainah

Kencing pedih merupakan gejala kesakitan, rasa tidak selesa dan panas semasa membuang air kecil. Antara faktor yang menyebabkan gejala kencing pedih adalah jangkitan saluran kencing (urinary tract infection) pada bahagian buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra. Jangkitan yang berlaku pada bahagian pundi kencing dikenali sebagai sistitis (cystitis). Biasanya penyakit ini banyak berlaku kepada golongan wanita berbanding golongan lelaki. Jangkitan pada bahagian uretra dikenali sebagai uretritis dan boleh berlaku kepada kedua-dua golongan wanita dan lelaki. Sementara itu, jangkitan pada buah pinggang dikenali sebagai pyelonephritis adalah sangat berbahaya kerana ia merupakan keradangan buah pinggang yang disebabkan oleh longgokan toksin beracun dalam bentuk jangkitan kuman yang tersumbat pada dinding buah pinggang. Penyumbatan ini mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan buah pinggang. Kekurangan sel boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang sehingga menyebabkan rasa pedih semasa membuang air kecil. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit. Sesungguhnya Allah itu Maha Pelindung (Al-Muhaymin) yang sentiasa melindungi manusia dari bahaya dan penyakit. Itulah hikmahnya mengamalkan gaya hidup fitrah.

Namun harus diingat bahawa pedih di pundi kencing juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body, sila rujuk coach mengenai simptom pedih di pundi kencing yang dialami.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung