Artikel : 

Apakah punca kencing tak lawas ?

oleh Hakeema Rozainah

Kencing tak lawas merupakan satu keadaan kebocoran air kencing yang berlaku secara tidak sengaja. Selain itu, kerap membuang air juga turut dikaitkan dengan kencing tak lawas. Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Urinary Symptom, Urinary Tract Infection (UTI) dan juga Bladder Infection. Namun begitu, kencing tak lawas yang berlaku kepada golongan lelaki dan wanita mungkin disebabkan oleh penyakit berlainan. 

Bagi lelaki, kencing tak lawas mungkin disebabkan oleh kanser prostat. Kanser prostat menyebabkan salur uretra mengalami kerosakan sehingga menyebabkan prostat mengalami pembesaran, seterusnya menghalang air kencing daripada dipam keluar. Pengumpulan air kencing di dalam pundi kencing bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa, tetapi ia boleh mengakibatkan air kencing mengalir semula ke dalam tiub buah pinggang (ureter). Longgokan toksin beracun seperti kuman dan virus dalam air kencing yang tersumbat pada dinding buah pinggang boleh mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan buah pinggang.   

Kebanyakan golongan wanita yang berumur menderita penyakit kencing tak lawas disebabkan oleh menopaus. Menopaus berlaku setahun selepas haid berhenti secara kekal disebabkan oleh ovari yang sudah kehilangan fungsi fitrahnya. Ovari memainkan peranan penting dalam merembes hormon seks iaitu estrogen dan progestron. Hormon estrogen terutamanya meningkatkan perkembangan sihat ciri-ciri seks golongan wanita semasa akil baligh dan juga untuk kesuburan. Hormon estrogen juga memainkan peranan penting terhadap fungsi bahagian bawah saluran kencing dan kedua-dua estrogen dan progestron memberikan kekuatan kepada otot-otot faraj, uretra, pundi kencing dan bahagian pinggul. Namun begitu, selepas mengalami menopaus, hormon estrogen dan progestron tidak lagi dihasilkan mengakibatkan bahagian bawah saluran kencing, otot-otot faraj, uretra, pundi kencing dan bahagian pinggul menjadi lemah. Kelemahan bahagian ini menyebabkan kencing tak lawas dalam golongan wanita.

Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit. Allah Yang Maha Berkuasa (Al-Malik) memiliki jasad kita dan segalanya. Allah SWT mampu mendatangkan dan menghilangkan segala penyakit sekiranya kita berikhtiar untuk berubah dan mengamalkan gaya hidup fitrah.

Namun harus diingat bahawa kencing tak lawas juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body, sila rujuk coach mengenai simptom kencing tak lawas yang dialami.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

  • Robinson, D., Toozs-Hobson, P. and Cardozo, L., 2013. The effect of hormones on the lower urinary tract. Menopause International, 19(4), 155-162.
Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung