Artikel : 

Apakah punca muka sembap ?

oleh Hakeema Rozainah

Secara fitrahnya, buah pinggang memainkan beberapa peranan penting dalam sistem urin dan homeostatik seperti mengawal atur elektrolit, mengekalkan keseimbangan asid-bes serta mengawal tekanan darah. Buah pinggang menjadi penapis semula jadi darah dan mengepam keluar toksin beracun ke dalam pundi kencing. Selain mengepam keluar toksin beracun seperti urea dan garam ammonium semasa membuang air kecil, ia juga berperanan menyerap semula air, glukosa dan asid amino.

Kegagalan buah pinggang berfungsi secara fitrah turut berkait rapat dengan organ lain. Pembengkakan juga dikenali sebagai edema merupakan satu keadaan berlakunya kebocoran longgokan cecair dalam salur darah pada bahagian tertentu jasad (mata, kaki, tangan dan abdomen). Ia juga adalah salah satu simptom yang berkait rapat dengan kegagalan organ hati, jantung dan buah pinggang. 

Penyakit hati seperti sirosis (cirrhosis) merupakan penyebab utama edema. Penahanan air yang berkait dengan hati biasanya terlonggok di bahagian abdomen sebagai asites (ascites) dan bahagian periferi (peripheral). Penahanan garam natrium (Na+) dan air berlebihan pada buah pinggang merupakan mekanisme utama bagi pembentukan edema dalam sirosis.

Sementara itu, kegagalan jantung kongestif (congestive) boleh menyebabkan kedua-dua edema periferi dan abdomen (asites). Perkara ini berlaku kerana jantung menjadi sangat lemah untuk mengepam darah ke seluruh sistem jasad, menyebabkan darah berlonggok pada bahagian depan jantung. Keadaan ini berserta dengan peningkatan tekanan darah dalam salur darah menyebabkan cecair meresap masuk ke tisu sekitarnya. Ini menyebabkan pembengkakan pada kaki dan cecair berlonggok pada bahagian abdomen. Sekiranya jasad berada dalam keadaan terbaring, ia boleh menyebabkan bengkak timbul pada bahagian belakang. Selain itu juga, kegagalan jantung kongestif boleh menyebabkan bengkak pada paru-paru (pulmonary edema). Paru-paru diisi dengan cecair kerana bahagian kiri jantung tidak cukup kuat untuk mengepam darah yang kembali dari paru-paru. Darah ini akan berlonggok dalam salur darah paru-paru menyebabkan cecair meresap keluar ke tisu sekitarnya. 

Kegagalan buah pinggang berfungsi secara fitrah menyebabkan pembengkakan pada kaki dan bahagian sekitar mata kerana buah pinggang tidak dapat mengepam garam natrium dan air keluar daripada sistem perkumuhan. Ini menyebabkan tekanan dalam salur darah meningkat sehingga menyebabkan pembengkakan.

Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk (Al-Hadi) sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya dalam apa jua bentuk. Dengan adanya petunjuk ini, manusia akan lebih berhati-hati dan mengawal diri serta peka dengan keadaan jasad mereka. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Namun harus diingat bahawa muka sembap, kaki dan tangan membengkak serta perut buncit juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body, sila rujuk coach mengenai simptom muka sembap, kaki dan tangan membengkak serta perut buncit yang dialami.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

  • Raghavendra, M. and Vidya, M., 2013. Functions of kidney & artificial kidneys. International Journal of Innovative Research, 1(11), 1-5.
  • C├írdenas, A. and Arroyo, V., 2003. Mechanisms of water and sodium retention in cirrhosis and the pathogenesis of ascites. Best Practice & Research Clinical Endocrinology & Metabolism, 17(4), 607-622.
  • InformedHealth.org [Internet]. Cologne, Germany: Institute for Quality and Efficiency in Health Care (IQWiG); 2006-. Causes and signs of edema. 2008 Nov 5 [Updated 2016 Dec 30].
Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung