Artikel : 

Apakah risiko penyakit lain akibat daripada obesiti ?

oleh Hakeema Rozainah

Seseorang yang obesiti berisiko menghidapi penyakit atau masalah seperti:

  • Kegagalan fungsi hormon insulin.
  • Kencing manis.
  • Darah tinggi.
  • Kolesterol tinggi.
  • Strok.
  • Serangan jantung.
  • Artritis.
  • Gangguan tidur.
  • Gout.

Pankreas menghasilkan hormon insulin dan glukagon untuk mengimbangi gula dalam darah. Insulin berfungsi mengurangkan kepekatan gula (glukosa) dalam darah, seterusnya merendahkan paras gula dalam darah dan membolehkan sel-sel jasad menggunakan gula sebagai tenaga. Manakala glukagon pula berfungsi meningkatkan paras gula dalam darah. Kombinasi kedua-dua hormon insulin dan glukagon dapat mengekalkan keseimbangan paras kandungan gula yang normal. Masalah insulin tidak berfungsi secara efektif dan gula tidak dapat diguna sebagai tenaga dan disimpan sebagai lemak menyebabkan kenaikan berat badan dan seterusnya obesiti.

Individu obesiti cenderung untuk mengalami artritis kerana mempunyai lemak berlebihan. Lemak berlebihan ini memberi tekanan kepada sendi kerana menampung beban berlebihan. Pesakit obesiti juga boleh mengalami gangguan tidur kerana pernafasan yang tidak lancar. Lemak yang berlebihan pada leher menyekat salur pernafasan ketika tidur. Individu obesiti juga mudah mengalami gout kerana kadar asid urik yang tinggi dalam jasad.

Allah Yang Maha Mengatur (Al-Bari) telah merancang dan mengatur kejadian manusia dengan sebaik-baiknya dan sempurna. Dijadikan setiap organ itu saling berkaitan agar sistem enjin jasad dapat berfungsi dengan efisien. Kebijaksanaan Allah SWT telah menjadikan insulin yang dirembeskan oleh pankreas untuk memantau dan mengawasi kandungan gula bagi memastikan kandungan gula sentiasa terkawal dan stabil dalam jasad adalah daripada hasil kerjasama organ tertentu dalam mengimbangi, mengawal dan menstabilkan persekitaran dalam jasad agar sel-sel dapat terus hidup dan berfungsi secara fitrah. Selain itu, penjagaan berat badan yang ideal dan indeks jisim tubuh (BMI) yang ideal juga penting bagi mengawal obesiti. Namun, akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung