Artikel : 

Apakah simptom diabetes ?

oleh Hakeema Rozainah

Kencing manis atau diabetes berlaku apabila sistem enjin jasad tidak menggunakan insulin dengan betul atau tidak menghasilkan insulin secukupnya. Terdapat dua jenis penyakit kencing manis iaitu kencing manis jenis 1 dan kencing manis jenis 2.

Kencing manis jenis 1 merupakan penyakit autoimun. Penyakit ini mengakibatkan jasad menyerang diri sendiri. Pesakit kencing manis jenis 1 tidak dapat menghasilkan insulin kerana sistem imun telah memusnahkan sel pengeluar insulin pada bahagian pankreas. Sementara itu, bagi penyakit kencing manis jenis 2, sel-sel jasad tidak menunjukkan reaksi kepada insulin dengan betul. Sejumlah besar insulin diperlukan untuk jasad bereaksi. Oleh sebab itu, sistem enjin jasad perlu menghasilkan insulin yang banyak untuk mengekalkan paras normal glukosa dalam darah. Namun, selepas beberapa tahun sel pada pankreas bekerja keras menghasilkan insulin yang banyak, lama-kelamaan ia akan menjadi tidak berupaya. Antara simptom kencing manis ialah: 

  • Penglihatan menjadi kabur.
  • Penyakit kulit.
  • Luka sukar sembuh.
  • Jangkitan pada kemaluan dan sistem pembuangan air kecil.
  • Kebas kaki.

Selain daripada simptom yang dinyatakan di atas, tanda-tanda seperti di bawah juga menunjukkan penyakit kencing manis:

  • Dahaga.
  • Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
  • Letih dan lesu.
  • Berat badan menyusut walaupun mempunyai selera makan.
  • Kelemahan otot.
  • Kegatalan tanpa ruam.

Allah Yang Maha Mengawasi (Al-Raqib) telah menjadikan insulin yang dirembeskan oleh pankreas untuk memantau dan mengawasi kandungan gula dalam darah. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung