Endometriosis adalah penyakit dimana tisu endometrium iaitu selaput dinding rahim yang sepatutnya terletak pada dinding rahim telah berada di bahagian luar rahim seperti tiub fallopio, ovari, usus, pundi kencing dan sebagainya. Apabila tisu endometrium yang berada di luar rahim ini bertindak balas terhadap hormon estrogen sebagaimana tisu endometrium pada rahim, maka pendarahan juga akan berlaku. Apabila ini terjadi, keradangan juga akan berlaku.
Simptom endometriosis adalah seperti berikut:
- Haid yang banyak dan tidak teratur.
- Senggugut (sakit semasa haid).
- Sakit semasa melakukan hubungan intim (dispareunia).
- Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen ketika pertengahan haid.
- Susah mengandung.
Longgokan toksin beracun menyebabkan sel tidak lagi berada dalam keadaan fitrah seperti sel endometrium yang fitrah asalnya hanya terdapat pada rahim boleh berada diluar rahim. Oleh itu, longgokan toksin beracun yang tersumbat ini perlu dipam keluar daripada sistem enjin jasad.
Allah Yang Maha Pelindung (Al-Muhaymin) sentiasa melindungi hidup manusia dari bahaya dan tergelincir dari jalan kebenaran. Kerana itulah Allah SWT telah memberikan panduan untuk menjalani gaya hidup fitrah. Apabila sebaliknya yang dilakukan oleh manusia maka akan timbullah pelbagai penyakit yang tidak seharusnya terjadi.
Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).
Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut