Artikel : 

Apakah simptom hati berlemak (fatty liver) ?

oleh Hakeema Rozainah

Penyakit hati berlemak dikenali sebagai steatosis hepatik (hepatic steatosis) terjadi apabila berlaku pengumpulan lemak pada hati. Secara fitrahnya, hati memproses nutrien daripada makanan dan minuman serta menapis bahan berbahaya daripada darah. Pengumpulan lemak yang banyak pada hati boleh mengakibatkan keradangan lalu merosakkan hati dan menjadikan hati berparut. Terdapat dua jenis hati berlemak iaitu:

  1. Hati berlemak bukan alkohol (non-alcoholic fatty liver disease) yang disebabkan oleh pengumpulan lemak di dalam hati dan bukan disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.
  2. Hati berlemak beralkohol (alcoholic fatty liver disease) yang disebabkan oleh pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan.

Antara simptom yang ditunjukkan oleh pesakit hati berlemak ialah:

  • Letih.
  • Rasa sakit pada rusuk sebelah kanan.
  • Hati membesar.

Keletihan merupakan simptom utama bagi pesakit yang mempunyai masalah hati berlemak. Ini adalah kerana hati berfungsi mengawal penyimpanan, pembebasan dan penghasilan bahan untuk menghasilkan tenaga untuk sistem enjin jasad. Proses yang menyumbang kepada keletihan bermula daripada pengambilan bahan daripada usus, melalui sistem peredaran darah ke penyimpanan pada hati dan penghantaran tenaga ke organ sasaran seperti otot dan otak. Semua proses ini memerlukan tenaga yang banyak dan mengakibatkan keletihan yang lebih lagi bagi penghidap yang kronik.

Sakit pada rusuk sebelah kanan disebabkan oleh pengumpulan cecair pada bahagian perut dikenali sebagai asites boleh mengakibatkan kesakitan. Sekiranya cecair dijangkiti kuman, seseorang itu akan berasa sakit, demam dan menggigil.

Hati membesar yang dikenali hepatomegali merupakan salah satu simptom penyakit hati berlemak. Apabila hati membesar, bahagian sebelah kanannya terasa penuh dan tidak selesa. Simptom hati membesar disebabkan oleh jangkitan virus seperti Hepatitis B dan Hepatitis C, penyakit kanser hati, penyakit hati berlemak beralkohol, penyakit hati berlemak bukan alkohol dan kegagalan jantung. Kerana itulah Allah SWT telah melarang hambaNya dari mendekati alkohol. Allah Yang Maha Mengetahui (Al-Alim) sentiasa mengetahui setiap sesuatu yang akan berlaku seperti natijah buruk minuman beralkohol ini kepada hati manusia.  

Mereka yang menghidap penyakit hati berlemak akan mengalami pelbagai komplikasi, termasuklah hati berparut (liver fibrosis). Lama-kelamaan hati berparut menjadi semakin teruk sehingga mencetus penyakit sirosis (cirrhosis). Sirosis akan mengakibatkan simptom seperti berikut:

  • Hilang selera makan, berat badan menyusut.
  • Lemah dan letih.
  • Kulit kegatalan.
  • Mata dan kulit kekuningan.
  • Sakit abdomen.
  • Abdomen dan kaki membengkak.
  • Payudara membesar bagi lelaki.
  • Kekeliruan.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung