Artikel : 

Apakah simptom kanser buah pinggang ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser buah pinggang berlaku apabila sel kanser bercambah di luar kawalan kerana berlakunya perubahan pada rantaian DNA normal yang mengakibatkannya hilang keupayaan untuk mengikuti Teknologi Fitrah (programming). Kegagalan buah pinggang berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding buah pinggang.

Kanser buah pinggang biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Tapi lama-kelamaan ia akan menunjukkan simptom seperti:

  • Air kencing berdarah: Air kencing berdarah juga dikenali sebagai hematuria. Kewujudan sedikit darah di dalam air kencing boleh mengakibatkan perubahan warna seperti merah jambu, coklat dan merah.
  • Sakit pada bahagian belakang jasad: Rasa sakit seperti dicucuk.
  • Hilang selera makan: Apabila tumor merebak ke organ lain, selera makan hilang.
  • Penurunan berat jasad: Tiada selera makan mengakibatkan berat jasad menyusut.
  • Lesu: Kekurangan sel darah merah dan anemia boleh mengakibatkan kelesuan.
  • Demam

Mengambil langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan tahap kesihatan dapat mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Berikut merupakan beberapa tip yang perlu amalkan seperti:

  • Berhenti merokok.
  • Kekalkan berat jasad yang ideal.
  • Kawal tekanan darah tinggi.
  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah dan tidur secukupnya untuk menghilangkan stres.

Allah Yang Maha Mengawasi (Al-Raqib) sentiasa mengawasi hambaNya daripada segala perbuatan zahir mahupun apa yang berlaku di dalam jasad. Di bawah pengawasanNya, buah pinggang teknologi ciptaan Allah SWT yang terunggul ini mampu memisahkan yang kotor daripada yang bersih tanpa ada terlepas setitis darah sekali pun. Namun, akibat daripada longgokan toksin beracun yang tersumbat yang berpunca daripada manusia ini telah menghalang buah pinggang berfungsi secara fitrah dan tercetusnya pelbagai penyakit. Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik akan menyebabkan darah menjadi pekat dan berasid lalu membentuk batu karang yang membebankan buah pinggang dan jika tidak dapat dibuang, akhirnya boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan kanser. Kanser buah pinggang yang berlaku merupakan petanda bagi kita agar kembali kepada gaya hidup fitrah sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan akhirnya perlu bergantung pada mesin dialisis. Begitu hebatnya teknologi buah pinggang ciptaan Allah SWT ini. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung